04 Oktober, 2019

Najib pembohong, penyokong bodoh - Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Rafizi Ramli melabelkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun dan penyokong sebagai bodoh kerana komen berhubung pengumuman dividen 2 peratus oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentea (LTAT) yang dibuat oleh kerajaan baru-baru ini.

Rafizi mendakwa Najib telah melakukan pembohongan berhubung kewangan LTAT dan mereka yang menyokongnya sebagai bodoh.

“Tidak kurang juga juak-juak dari PAS yang tidak mahu kalah menunjukkan kebodohan dan memuji kehebatan (kononnya) keuntungan LTAT semasa Najib,” katanya dalam kenyataan Facebook peribadinya.

Berikutan kenyataan itu beliau dikecam oleh warga di media sosial dengan dikecam sebagai penipu dan pemutar belit fakta.

Mereka juga menuntut Rafizi supaya dan pemimpin PH supaya menunaikan janji yang dibuat semasa pilihan raya untuk menurunkan harga minyak kepada RM1.50 dan memansuhkan tol apabila memerintah.

Berikut kenyataan penuh Rafizi:

LTAT DAN JENIS-JENIS KEBODOHAN

Sejak pengumuman dividen 2% oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), ada pelbagai pihak yang berlumba-lumba menunjukkan kebodohan.

Ada yang ke depan dari kalangan penyokong dan pemimpin UMNO yang mahu menunjukkan kebodohan kerana ingin membandingkan prestasi dividen 2% ini dengan dividen yang lebih tinggi (kononnya) semasa Najib menjadi Perdana Menteri dulu.

Tidak kurang juga juak-juak dari PAS yang tidak mahu kalah menunjukkan kebodohan dan memuji kehebatan (kononnya) keuntungan LTAT semasa Najib.

Saya kata mereka ini berlumba menunjukkan kebodohan kerana jelas sama ada mereka tidak faham laporan juru audit dari Ernst & Young. Kebanyakannya tidak mahu membaca pun laporan juru audit mengenai kedudukan kewangan LTAT setelah dijarah (perkataan yang suka diguna Najib) oleh Najib.

Sebelum saya huraikan bentuk-bentuk kebodohan yang timbul, sila hadam rumusan laporan juru audit Ernst & Young mengenai pembohongan kewangan di LTAT di zaman Najib (sumber: laporan The Edge https://www.theedgemarkets.com/…/investigative-audit-reveal…):

“.......

Menurut juru audit Tetuan Ernst & Young, terdapat tujuh penemuan utama yang berlaku akibat penyelewengan dan kelemahan kewangan:

1. Pendapatan terkumpul (retained earnings) telah terjejas berikutan bayaran berlebihan dividen

Pulangan aset lima tahun LTAT dari TK2014 hingga TK2018 (selepas diasingkan keuntungan sekali atau one-off gains) adalah lebih rendah daripada kadar dividen yang diisytiharkan. Ini telah menyebabkan dividen LTAT membayar pada kadar yang lebih tinggi daripada yang mampu. Untuk menguruskan keadaan ini, LTAT akan membangunkan dasar dividen yang munasabah, yang termasuk menentukan kadar pulangan minimum pelaburannya. LTAT kemudiannya akan mewujudkan rangka kerja peruntukan aset strategik untuk memenuhi kadar dividen yang dijangka minimum.

2. Pembohongan nilai aset LTAT antara tahun 2015 dan 2017

Ini disebabkan kegagalan untuk menunjukkan nilai aset sebenar (impairment) salah satu pelaburannya yang besar apabila nilai sebenar (recoverability) dana itu terjejas selepas penjual yang menjamin pembelian semula saham itu diisytiharkan muflis di Malaysia pada tahun 2015. Kegagalan untuk menunjukkan penurunan pelaburan itu telah menyebabkan aset LTAT dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dari nilai sebenar antara 2015 dan 2017. Hasilnya, penurunan nilai sebanyak RM55 juta perlu dibuat dalam keputusan kewangan TK2018.

3. Semakan kewangan (due diligence) tidak dilaksanakan dengan betul

Proses semakan kewangan (due diligence) dan semakan teknikal tidak dilakukan oleh LTAT sebelum melabur dalam syarikat di atas. Ia bukan berdasarkan dasar dan prosedur pelaburan yang baik.

4. Aset harta tidak terjual

Audit itu juga menemui beberapa masalah dengan aset hartanah tidak terjual bernilai RM45 juta. Ia berkaitan dengan 88 unit kondominium yang tidak terjual pada Disember 2018, walaupun telah siap pada TK2015. LTAT sedang berusaha untuk mempercepat penjualan unit-unit yang belum dijual. Melangkah ke hadapan, LTAT dengan berhati-hati mempertimbangkan potensi pulangan dan kepakarannya sendiri dalam pembangunan hartanah.

5. Risiko isu pendedahan kewangan yang berlebihan di dalam beberapa syarikat tertentu dan kecairan sejak tahun 2014

LTAT banyak menjual saham-saham yang baik untuk mendapat keuntungan segera. Juga ada peningkatan ketara dalam pemegangan saham LTAT Boustead Holdings Bhd dan anak syarikatnya yang disenaraikan (di dalam Kumpulan BHB). Ini menyebabkan terlalu banyak tumpuan dana LTAT dalam segelintir syarikat di bawah Kumpulan BHB. Pendedahan kewangan LTAT kepada BHB Group meningkat hampir 50% daripada RM2.1 bilion kepada RM3.1 bilion manakala bilangan saham berkaitan meningkat sebanyak 83% daripada 833 juta saham dalam TK2014 kepada 1.525 bilion saham dalam TK2018. Untuk tujuan ini, LTAT akan melaksanakan inisiatif peruntukan aset strategik seperti yang dinyatakan di atas.

6. Dividen tertunggak daripada anak-anak syarikat yang sebenarnya tidak dibayar

Dividen yang tinggi yang diisytiharkan untuk TK2017 oleh beberapa syarikat subsidiari tidak dibayar sepenuhnya dan masih tertunggak sehingga tarikh ini. Dalam menangani ini, LTAT menilai semula keupayaan anak-anak syarikatnya untuk membayar dividen, dengan mengambil kira prestasi dan kedudukan tunai masing-masing.

7. Kurang kawalan dalam unit amanah

Amalan membeli unit amanah agar ahli menerima bonus istimewa didapati merugikan kerana LTAT kurang kemampuan untuk mengawal dan menguruskan dana secara aktif. LTAT mahupun ahli-ahli tidak dapat menguruskan pegangan unit amanah sehingga persaraan. Melangkah ke hadapan, LTAT mungkin mempertimbangkan saluran pelaburan lain yang akan membolehkan lembaga LTAT memenuhi objektif utamanya dengan lebih baik....”

Ringkasnya, kedudukan kewangan LTAT terjejas teruk gara-gara pentadbiran korporat ala Najib-Rosmah (boleh dipendekkan sebagai JARAH) seperti berikut:

a) Mengumumkan dividen untuk menyedapkan hati rakyat sedangkan syarikat-syarikat LTAT rugi

b) Untuk menutup kedudukan kewangan sebenar LTAT, anak-anak syarikat dipaksa mengumumkan dividen sedangkan anak-anak syarikat itu tiada wang pun untuk membayar dividen. Akhirnya dividen atas kertas tetapi wang tiada

c) Saham-saham dalam syarikat yang untung dijual untuk mendapatkan keuntungan sementara bagi menutup lubang rugi keseluruhan

d) LTAT rugi besar apabila membeli syarikat pada harga yang tinggi dan dijamin boleh dijual kembali kepada tuan punyai sekiranya nilai jatuh. Akhirnya nilai jatuh dan tidak boleh dijual kepada tuan punya kerana tuan punya jatuh muflis. LTAT tutup pula kerugian ini dengan tidak menunjukkan nilai sebenar walaupun syarikat itu sudah tiada nilai

e) Unit kondominium yang belum dijual sepenuhnya diumumkan telah dijual untuk menunjukkan ada jualan dan ada untung, sedangkan wangnya tiada kerana belum dijual sepenuhnya

Najib dan sepupunya Hishamuddin boleh membodohkan rakyat yang mahu dibodohkan kerana taksub dengan kepartian dan perkauman.

Sebab itu timbul beberapa jenis bodoh baru ekoran pendedahan kedudukan kewangan LTAT ini.

Satu:

Orang menyeleweng yang menggunakan kebodohan untuk selamat. Contohnya Najib dan Hishamuddin. Pelbagai harta rakyat di bawah LTAT hilang dibawah pentadbiran sepupu sepapat ini tetapi mereka tahu mereka boleh membodohkan segelintir orang untuk selamat.

Kedua:

Orang yang dibodohkan kerana taksub dengan kepartian sehingga tidak mahu menerima segala fakta dan laporan audit bebas. Contohnya orang-orang Umno yang masih rindukan Najib dan Rosmah. Bukan saja laporan, malah dalam tahun 2016 dahulu pencen dan gratuiti pesara tentera pun lambat dibayar kerana masalah aliran wang tunai LTAT sehingga saya terpaksa bersuara dan ditahan. Bukti sudah dirasai sendiri oleh pesara tentera tetapi ramai juga jenis bodoh yang sebegini.

Ketiga:

Orang yang menjadi bodoh selepas mengikut orang bodoh dalam kumpulan satu dan dua. Contohnya orang PAS yang lebih sudu dari kuah kerana rindu hebatnya zaman Najib memerintah.

Soal PH popular atau tidak adalah hak rakyat untuk menentukan.

Anda boleh menolak PH sementara menerima hakikat yang Najib telah menjarah LTAT, Tabung Haji dan harta rakyat yang lain kerana anda mahukan prestasi yang lebih baik dari PH. Itu hak anda.

Namun, menolak fakta yang hakiki dan memutar belit keadaan dengan harapan orang lain menjadi bodoh seperti anda (sama ada bodoh nombor 1, 2 atau 3) adalah satu kebodohan.

Rafizi Ramli

loading...

03 Oktober, 2019

PM tidak maksudkan GST akan dilaksana terus

PUTRAJAYA - Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hari ini tidak bermaksud sistem percukaian itu akan terus dilaksanakan semula, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut laporan media yang dibacanya, Saifuddin Nasution menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan Mahathir ialah kerajaan hanya akan mengkaji keperluan untuk memperkenalkan semula sistem GST jika perkara itu merupakan kehendak rakyat.

"Kalau rakyat nak balik semula pada GST, kerajaan sedia kajilah. Bukan Perdana Menteri kata kerajaan akan laksanakan terus. Tak ada. Dia tidak sebut begitu. Jadi kita tamat di situ dari segi kenyataan PM," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir berhubung GST.

Mahathir ketika ditemui media selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di sini hari ini dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji keperluan memperkenalkan semula sistem GST sekiranya itu kemahuan rakyat.

Saifuddin Nasution yang ditemui pemberita selepas melancarkan Pelan Tindakan Industri Katering 2020 di kementeriannya di sini hari ini berkata: "Saya baca ulang kali. Dia (PM) kata, kalau itu menjadi kehendak atau pilihan rakyat kerajaan bersedia untuk kaji. Maknanya ayat itu berlapik."

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dilaporkan menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

GST pada kadar enam peratus pernah dilaksanakan sejak 1 April 2015 namun dimansuhkan pada 1 September 2018 dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Mengenai Pelan Tindakan Industri Katering 2020 yang bertemakan 'Memacu Industri Katering dan Kesedaran Pengguna', Saifuddin Nasution berkata ia merupakan langkah intervensi untuk mengatasi sebahagian isu yang dihadapi industri katering dan melindungi hak dan kepentingan pengguna.

Beliau berkata, pelan itu dirangka ekoran aduan yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung perkhidmatan katering semakin meningkat iaitu dari lima aduan pada 2014 kepada 65 aduan pada 2018.

"Kategori aduan yang diterima ialah makanan tidak mencukupi, makanan tidak berkualiti, penghantaran lewat, makanan tidak seperti yang ditempah, perkhidmatan pelayan tetamu tidak mencukupi dan kurang profesional dan pampasan tidak dibayar jika tempahan tidak dapat dipenuhi seperti dijanjikan," katanya.

Pelan itu turut memuatkan panduan memilih perkhidmatan katering, perkara yang perlu disemak oleh pengguna dan sembilan saluran aduan yang disediakan untuk pengguna. - Bernama
loading...

Kerajaan sedia perkenal semula GST jika itu kehendak rakyat

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya itu kehendak rakyat.

Perdana Menteri berkata, kajian itu bagi melihat sama ada GST lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada (GST) lebih baik dari SST ataupun tidak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam.

Selasa lalu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) berharap kerajaan memperkenal semula Cukai GST dalam Belanjawan 2020 untuk menutup jurang kewangan kerajaan.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Kamal Salih, berkata cukai kepenggunaan itu sistem percukaian yang adil dan cekap, berbanding sistem SST.

Beliau berkata, kadar yang bersesuaian jika kerajaan melaksanakan semula sistem percukaian itu ialah tiga peratus.

Katanya, pengenalan semula GST pada kadar yang lebih rendah bersama-sama pemberian subsidi akan membantu mengurangkan kos sara hidup, terutama golongan berpendapatan rendah.

Ditanya sama ada pelaksanaan GST boleh dimasukkan dalam Belanjawan 2020 minggu depan, Perdana Menteri berkata, perkara tidak mungkin dilakukan.

“Bajet ini susahlah. Mungkin kemudian,” katanya.
loading...

30 September, 2019

PKR berpecah, tidak patut serah jawatan PM kepada Anwar

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Perpecahan yang didakwa berlaku dalam PKR ketika ini menjadi antara alasan mengapa jawatan Perdana Menteri dirasakan tidak sesuai diberikan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu merupakan reaksi Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Sazmi Miah yang merujuk kata-kata Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Syed Husin Ali berhubung komitmen Perdana Menteri daripada Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai penyerahan jawatannya kepada Anwar.

“Dengan perpecahan dalaman yang ketara dalam PKR sekarang, memang tidak wajar jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Anwar, ini diketahui umum, bukan sekadar khabar angin,” katanya yang dipetik daripada laporan Free Malaysia Today hari ini.

Hubungan antara kem Bersatu dan PKR dalam Pakatan Harapan (PH) ketika ini dilihat semakin tidak rapat selepas dianggap Dr. Mahathir mungkin tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Hal demikian diperkuatkan lagi apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri nampak menyokong kuat Dr. Mahathir supaya kekal sebagai Perdana Menteri selama satu penggal sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berdasarkan perjanjian sebelum ini yang didakwa berlaku, Dr. Mahathir dijangka menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar pada Mei 2020 iaitu genap dua tahun PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Disebabkan beberapa kenyataan Dr. Mahathir yang dilihat tidak ingin menyerahkan jawatan tersebut, beberapa pemimpin PKR tanpa berselindung mempertikaikan Pengerusi PH tersebut.

Namun bagi Sazmi, sebagai pemimpin dan negarawan ulung, semestinya Dr. Mahathir mengambil kira pelbagai aspek dan situasi semasa jika mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada sesiapa.

“Ini bukan calang-calang jawatan, bukan hendak melantik penghulu atau penggawa kampung, ianya perlu dibuat dengan penuh kebijaksanaan,” katanya.

Pada 4 Ogos lalu, Ketua PKR Kangar, Noor Amin Ahmad mendakwa lebih 90 peratus atau 197 daripada 219 ketua bahagian PKR di seluruh negara menyokong kepimpinan Anwar dan menafikan berlaku perpecahan dalam parti itu.

Sazmi berkata, pemimpin PKR yang mahu Anwar menjadi Perdana Menteri sepatutnya menunggu sehingga dua tahun, bukannya melabelkan Dr. Mahathir sebagai individu tidak boleh dipercayai.

“Mereka agak gelisah, sememangnya menunjukkan mereka kurang sabar dan seperti takut kepada bayang-bayang sendiri, belum pun tiba tarikh sebenar yang mereka war-warkan kononnya dua tahun (untuk serah jawatan) tapi sekarang sudah beria menuntut janji.

“Jadi, untuk melabel (Dr. Mahathir tidak boleh dipercayai) itu kenalah sampai masa baru boleh cakap,” katanya dalam laporan portal itu lagi.

Sazmi juga bimbang sikap ‘celupar’ sesetengah pemimpin PKR mendesak Dr. Mahathir menyerahkan jawatan kuasa kepada Presiden PKR itu akan menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan.

“Dengan melabelkan Perdana Menteri tidak boleh dipercayai dan tidak boleh pegang janji, ia satu tuduhan yang serius, tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin parti, apatah lagi seseorang yang berkaliber seperti Syed Husin.

“Sudah tentu ia akan mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati rakan-rakan dalam Bersatu, ianya umpama kita beri pandangan Anwar tidak layak dilantik Perdana Menteri kerana beliau adalah bekas banduan, tetapi kita tidaklah sampai tahap nak kata begitu,” katanya.

Beliau yakin Dr. Mahathir akan membuat keputusan apabila sampai masanya dan Bersatu Kelantan menyokong penuh Pengerusi parti terus mentadbir negara sehingga PRU-15.-UTUSAN ONLINE
loading...

29 September, 2019

Ibu, anak lelaki durjana

JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dibunuh selepas dirogol dua abang angkatnya yang masih remaja, malah lebih menjijikkan apabila suspek turut mengadakan seks sumbang mahram bersama ibu kandung mereka di sebelah mayatnya.

Kompas.com memetik Ketua Polis Sukabumi, AKBP Nasriadi berkata, mangsa dikenali sebagai NP dijadikan anak angkat oleh keluarga berkenaan yang tinggal di Kecamatan Lembursitu, Kota Sukabumi.

Nasriadi berkata, kejadian rogol dan bunuh pada pagi Ahad lalu dimulakan abang angkat mangsa dikenali sebagai P, 14, yang masih bersekolah.

Abangnya berusia 16 tahun dikenali sebagai RG kemudian melihat mangsa terbaring dan turut merogolnya.

Menurut detik.com, dua beradik itu merogol mangsa sejak tiga bulan lalu dengan perbuatan mereka memang diketahui ibu yang hanya dikenali sebagai Yuyu, 39.
IBU dan dua anak lelakinya ditahan untuk siasatan. - detik
Susulan itu, pada hari kejadian, Yuyu yang marah dan cemburu mencekik mangsa sehingga mati dengan dibantu anak lelaki sulungnya itu, sebelum kedua-duanya melakukan seks.

“Mangsa kemudiannya dicampak ke dalam Sungai Cimandiri yang terletak satu kilometer dari rumah keluarga itu sebelum mayat mangsa ditemui pemancing ikan tengah hari pada hari yang sama,” kata Nasriadi dipetik Tribunnews.

Nasriadi berkata, mangsa sebelum ini kerap dirogol suspek kerana terpengaruh dengan video lucah yang sering ditonton bersama ibu mereka.

Pada masa sama, ibu dan anaknya melakukan hubungan terkutuk ketika bapa mereka tiada di rumah.

loading...

26 September, 2019

Yazit Search kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR - Bekas Pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad menghembuskan nafas terakhir pukul 11.53 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung nyawa akibat kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

Perkara itu disahkan rakan baiknya, Ashaari Mohd. Nasir, menerusi kenyataan yang diberikan kepada media.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Selangor.

Difahamkan, mesin bantuan pernafasan dilepaskan kira-kira pukul 11.46 pagi tadi.

Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira pukul 3 pagi Selasa selepas mengadu sesak nafas kepada isterinya, Ramlah Ahmad.

Pada Selasa, Allahyarham dibawa ke unit kecemasan HKL dan setibanya di sana jantungnya tiba-tiba terhenti.

Bantuan pernafasan (CPR) dilakukan sebelum Yazit dimasukkan ke Zon Merah untuk diberi rawatan rapi.

Terdahulu, pada 3 September lalu Yazit, 57, pernah dimasukkan ke hospital sama akibat masalah pernafasan tetapi dibenarkan keluar dua hari kemudian.

Allahyarham meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38; Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.

loading...

16 September, 2019

Seberang Perai diisytihar sebagai bandaraya

Abdul Rahman menyerahkan watikah pelantikan jawatan Datuk Bandar MBSP kepada Rozali di Kepala Batas, Seberang Perai hari ini.
SEBERANG PERAI - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diisytihar secara rasmi sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada Majlis Pengisytiharan MBSP dan Penyerahan Watikah Perlantikan Datuk Bandar di Kepala Batas di sini sebentar tadi.

Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Millenium Kepala Batas di sini.

Upacara dimulakan dengan penyerahan Suratcara Pengisytiharan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Pada majlis itu, Yang Dipertua MPSP, Datuk Rozali Mohamud turut mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar MBSP yang pertama selepas pengumuman perlantikan dilakukan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Pengisytiharan itu sekaligus menjadikan negeri ini sebagai negeri pertama berstatus bandar raya sepenuhnya selepas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diisytihar secara rasmi pada 2015.

MBSP merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke-15 berstatus bandar raya.

loading...

12 Ogos, 2019

PM buat keputusan sewenang-wenangnya tanpa berbincang - DAP

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyuarakan kebimbangannya tentang pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Kata pemimpin DAP itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sering membuat keputusan secara berseorangan dan seolah-olah mahu menunjukkan beliau berkuasa walaupun datang dari parti yang kecil.
TANGKAP layar kenyataan Charles Santiago dalam laman sosial Facebook beliau.

Beliau memberi contoh isu pengajaran seni khat Jawi di sekolah yang timbul baru-baru ini, yang mana beliau mendakwa Dr. Mahathir melakukan keputusan dengan sewenang-wenangnya.

“Saya pasti (Dr.) Mahathir dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tahu isu ini sensitif sebelum ia timbul lagi.

“Mengapa rakyat was-was dengan kerajaan (tentang isu Jawi)? Kerana PH melindungi pendakwah kontroversi, (Dr.) Zakir Naik,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Selain isu Zakir Naik, Charles turut mengaitkan situasi tersebut dengan beberapa isu lain seperti penolakan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Statut Rom dan kilang Lynas.

“Kerajaan ini tiada rekod yang baik untuk mendapat keyakinan rakyat. Sebaliknya, rakyat berang, marah dan mengugut untuk tidak mengundi kita pada pilihan raya akan datang. Saya faham kemarahan mereka.

“(Dr.) Mahathir sepatutnya sudah boleh membaca perasaan rakyat ketika ini. Dan dia mesti faham bahawa keputusan secara sewenang-wenangnya tanpa perbincangan tidak akan membawa dia jauh,” katanya. - UTUSAN ONLINE

loading...

02 Ogos, 2019

Jangan tunduk desakan hapus tulisan jawi di sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan dituntut untuk tidak tunduk kepada desakan pihak tertentu yang membantah keputusan pelaksanaan penggunaan tulisan Jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah tahun depan.

Presiden Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan menyifatkan, tindakan tersebut dibuat atas nama kepentingan politik semata-mata.

Selain itu, tegasnya bantahan sedemikin rupa boleh menggugat kewibawaan bahasa Melayu dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

“Menggunakan sentimen politik tanpa kewarasan akan menghalang usaha memupuk perpaduan dan intergrasi nasional melalui wadah pendidikan.

“Justeru, iGuru menggesa pihak Kementerian Pendidikan tidak tunduk kepada desakan pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah.

Dong Zong dan Jiao Zong menegaskan seni khat dan tulisan Jawi yang akan dimasukkan sebagai sebahagian sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun depan adalah tidak sesuai kerana tidak mempunyai hubungan secara langsung. – Utusan Online

www.indahnyaislam.my

loading...

19 Julai, 2019

PH akan berpecah kerana Anwar-Azmin - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 19 Julai - Pergeseran yang berlaku antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali boleh memberi kesan yang tidak baik kepada Pakatan Harapan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui perkara itu berkata, ia perlu diselesaikan segera.

"Tentulah kita sentiasa mendoakan ini akan berakhir tak lama lagi. Isu ini tidak baik untuk kita, bukan saja untuk PH tetapi untuk kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata, pergeseran antara dua pemimpin utama PKR itu boleh menyebabkan Pakatan Harapan (PH) berpecah.

"Ia mungkin. Tetapi bergantung sama ada Anwar atau Azmin memiliki sokongan (yang cukup).

"Berdasarkan apa yang kita baca di media sosial, seperti ada perpecahan dalam parti. Mari berharap kestabilan akan kekal," katanya.

Tengku Razaleigh berkata beliau tidak tahu sama ada pembangkang akan menang dalam PRU akan datang.

Iklan

Beliau yakin Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi PH tahu ke mana hala tuju gabungan itu pada masa ini.

Tengku Razaleigh berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 27 pemimpin dan anggota parlimen PKR menyatakan sokongan kepada Azmin.

Pada masa sama kata pemimpin veteran UMNO itu, Anwar selaku presiden perlu segera menyatupadukan parti. - UTUSAN ONLINE
loading...

10 Julai, 2019

Rogol: Paul Yong dibebaskan dengan jaminan polis

IPOH 10 Julai - Ahli exco kerajaan negeri daripada DAP yang ditahan polis semalam setelah dikaitkan dengan tuduhan rogol seorang pembantu rumah warga Indonesia telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Difahamkan, lelaki berusia 49 tahun itu hadir bersama peguamnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada pukul 9 malam semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, tangkapan terhadap suspek adalah susulan daripada laporan polis yang dibuat wanita berusia 23 tahun itu yang mendakwa dirogol majikannya di rumah lelaki itu di Meru.

Katanya, bertindak atas laporan berkenaan, pihak polis telah menjalankan siasatan dengan merakam percakapan mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan forensik telah dijalankan di tempat kejadian dan beberapa bukti telah diambil untuk dianalisis. Percakapan beberapa saksi berkaitan termasuk ahli keluarga exco berkenaan juga telah diambil.

“Berdasarkan bukti awal siasatan, pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Razarudin berkata, bagi melengkapkan siasatan, tangkapan dilakukan terhadap suspek terbabit semalam dan lelaki itu dihantar untuk pemeriksaan doktor bagi tujuan siasatan.

Beliau memberitahu, suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan kes berkenaan dilengkapkan.

“Pihak polis telah menempatkan mangsa di tempat selamat sehingga kertas siasatan ini dirujuk ke pihak Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.-UTUSAN ONLINE

loading...

Exco DAP Paul Yong nafi tuduhan rogol

IPOH 10 Julai - Ahli exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong hari ini menafikan tuduhan beliau merogol pembantu rumahnya.

Menurutnya, beliau amat terkejut dan keliru dengan tuduhan palsu tersebut yang dilemparkan kepadanya dan menafikan sekeras-kerasnya atas tuduhan yang tidak berasas itu.

Beliau yang memegang portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru berkata, beliau tidak merogol, mencabul kehormatan atau melakukan apa-apa gangguan terhadap pembantu rumahnya.

“Bagi membersihkan diri saya daripada pertuduhan bersifat fitnah tersebut, saya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan membawa saksi-saksi untuk membantu siasatan polis bagi menunjukkan bahawa ia merupakan pertuduhan fitnah semata-mata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Choo Kiong yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh dari DAP berkata, beliau menghormati proses undang-undang yang sewajarnya dan mempercayai pihak polis akan menjalankan siasatan secara profesional dan telus.

“Saya percaya bahawa kebenaran akan mengatasi kebatilan,” katanya. - UTUSAN ONLINE

loading...

09 Julai, 2019

Exco rogol pembantu rumah, DAP Perak serah kepada polis

IPOH 9 Julai - DAP Perak menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap seorang exco kerajaan negeri dari parti itu yang didakwa merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, tuduhan itu amat berat dan pihaknya memandang serius dakwaan tersebut.

“Laporan polis telah pun dibuat semalam (oleh pembantu rumah tersebut) dan bagi pihak parti, tiada sesiapa yang akan terlepas daripada undang-undang.

“Kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan kes tersebut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, parti akan mengambil tindakan ke atas ahlinya itu sekiranya dakwaan tersebut benar.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil (terhadap individu itu) bergantung kepada hasil siasatan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pembantu rumah kepada individu terlibat membuat laporan polis kerana mendakwa dirogol lelaki tersebut.

Exco kerajaan negeri Perak dijangka menghadiri istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan exco Perak di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada Khamis ini.

Istiadat itu merupakan majlis memperbaharui ikrar sebagai exco yang dibuat secara tahunan.

Lima daripada 10 anggota exco di Perak terdiri daripada Adun DAP iaitu Wong Mei Ing, A. Sivanesan, Paul Yong, Howard Lee dan Dr. Abdul Aziz Bari. - UTUSAN ONLINE
loading...

19 Jun, 2019

Saya akan cadangkan Haziq dipecat - Zuraida

PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin akan mencadangkan Biro Politik parti itu memecat Ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz, selepas mengaku mengadakan hubungan seks sejenis dengan seorang individu didakwa menteri kanan.

Beliau yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata, PKR sepatutnya mengambil tindakan ke atas Haziq selepas pengakuan terbukanya melakukan seks sejenis yang merupakan jenayah di negara ini.

“Jadi, sepatutnya tindakan pecat harus dikenakan kepada anggota terlibat kerana ia memalukan parti, mencemarkan parti dan juga mencemarkan kepimpinan parti,” katanya selepas Majlis Semarak Aidilfitri dan Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam di kementeriannya, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat pada 5.30 petang ini di ibu pejabat parti itu untuk membincangkan klip video seks sejenis mengaitkan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali yang tersebar di media sosial sejak minggu lalu.

Zuraida turut membidas pihak yang mendesak Azmin bercuti atau melepaskan jawatannya susulan kontroversi itu dengan menyifatkan cadangan itu sebagai konyol.

“Saya ingat pemimpin yang buat kenyataan sebegitu harus lebih waras.

“Lebih baik mereka ini fokus untuk bantu bina negara, buang masa buat kerja bukan-bukan, memalukan negara.”

Katanya, Azmin menafikan terbabit dalam video seks sejenis itu dan semua pihak perlu menunggu hasil siasatan polis.
loading...

18 Jun, 2019

Video viral, Azmin percaya kerja orang dalam

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin penularan video skandal seks yang mengaitkan beliau dan Ketua Angkatan Muda keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz baru-baru ini adalah perbuatan orang dalam.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau turut menyerahkan kepada rakyat membuat hukuman berhubung perkara tersebut.

“Pada awal lagi saya yakin ini agenda politik orang-orang tertentu yang bertujuan untuk menyekat kemaraan prestasi saya dalam kerajaan.

“Saya yakin umum akan dapat melihat siapakah dalang dalam hal ini. Biar polis jalankan siasatan dan saya kira tidak adil sekiranya mana-mana individu buat kenyataan yang boleh menganggu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Hak Pembangunan antara Konsortium Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)-MGB dan Must Ehsan Develpoment Sdn Bhd di Dewan Jubli Perak SUK di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Ketika ditanya sama ada beliau perlu membuat sumpah laknat berhubung video berkenaan, Mohamed Azmin berkata, ia mempunyai proses tertentu termasuk laporan qazaf dan perlu berjalan lancar.

Jelas beliau, Setiausaha Politiknya, Hilman Idham juga telah membuat laporan qazaf (tuduhan zina) di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dekat sini baru-baru ini.

“Sebab itu saya buat laporan qazaf dan ada prosesnya. Biarlah proses berjalan dan saya ambil tindakan berdasarkan nasihat peguam dan pihak yang memberi pandangan mereka.

“Kita harus membenarkan siasatan ini berjalan dan tidak terganggu dengan kenyataan dan tekanan kepada pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin menjelaskan, pihak polis telah mengambil keterangannya berhubung laporan polis yang dibuat Hilman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

“Saya menyatakan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menjalankan siasatan siasatan atas dakwaan kejam dan jahat.

“Ketika polis mengambil keterangan Hilman saya berada di Pulau Pinang. Sekembalinya, saya memberi keutamaan untuk merakam keterangan semalam berhubung laporan polis tersebut,” katanya. - K! ONLINE
loading...