11 Mac, 2012

Chong Wei di final, buru hat trick All England

KUALA LUMPUR - Perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Seluruh England untuk memenangi gelaran buat tahun ketiga berturut-turut.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham sebentar tadi, juara bertahan ini menewaskan Lee Hyun Il, dari Korea Selatan, 21-19 dan 21-18 dalam masa 44 minit.

Di perlawanan akhir, Chong Wei akan bertemu sama ada Lin Dan ataupun Kenichi Tago.

Tahun lalu, Chong Wei mengetepikan musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan. Ketika itu dia mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17.

Bagaimanapun, kempen beregu campuran utama negara, Goh Liu Ying/Chan Peng Soon untuk mara ke final berakhir apabila tunduk kepada gandingan Indonesia,
Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir.

Beregu Malaysia itu memberi tentangan hebat kepada beregu nombor empat dunia dari Indonesia itu pada set pertama separuh akhir dengan 25-27 dan terpaksa
terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan pada set kedua 16-21.

Tontowi/Liliyana akan bertemu dengan beregu campuran dari Denmark, Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl, pada peringkat akhir kejohanan berprestij itu di National Indoor Arena, Birmingham, malam esok.


EmoticonEmoticon