15 Mac, 2012

John Terry bengang dengan penjaga gol Arsenal

KAPTEN Chelsea, John Terry tidak senang duduk selepas penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny menuduh beberapa pemain Inggeris di kelab itu sebagai dalang kepada pemecatan Andre Villas-Boas (AVB).

Baru-baru ini, Szczesny mengeluarkan kenyataan bahawa pemain Inggeris menjadi batu api sehingga mendorong Roman Abramovich ‘menceraikan’ AVB tidak sampai semusim mengendalikan kelab tersebut.

Pada masa sama, bekas pengendali The Blues, Luiz Felipe Scolari memberi peringatan ‘neraka’ menanti mana-mana pengurus yang akan menduduki kerusi panas ditinggalkan AVB.

“Orang luar boleh bercakap apa sahaja mengenai situasi di Stamford Bridge kerana mereka tidak tahu apa-apa mengenainya.“Tuduhan kami ‘mengendalikan’ kelab ini tidak masuk akal. Jadi anda (Szczesny) baik tutup mulut dan jaga tepi kain sendiri, okey?" katanya.


EmoticonEmoticon