27 Mac, 2012

Jutawan bola sepak Malaysia mahu selesaikan hal rumahtangganya di luar mahkamah


Well, inilah yang berlaku bila dah kaya dan popular...anyway, all the best Safee, kalau nak mintak nasihat Apex pun, mamat tu kahwin pun belum, bukang trang tang tang..lantak la gossip apa pun yang melanda...

Buatlah keputusan yang terbaik...

SHAH ALAM - Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas isterinya, Sabrina Yusof, di luar mahkamah.

Peguam syarie, Norasyada Othman yang mewakili Safee memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Attras Mohd Zain pada prosiding sebutan kes hari ini.

Attras kemudian membenarkan permohonan Safee untuk menyelesaikan tuntutanya itu di luar mahkamah.Peguam syarie Junaidah Bakar mewakili isteri Safee tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut.

Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, 28 memfailkan permohonan terhadap isterinya agar kembali taat pada November lalu.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Nur Syaza Syaqina, 3, dan  Nursyasya Safirna, 1.

Sinar Harian


EmoticonEmoticon