09 Mac, 2012

Kritik pengadil, UEFA dakwa Wenger

BADAN induk bola sepak Eropah, Uefa memulakan tindakan ke atas pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger berhubung tuduhan salah laku ekoran komennya terhadap pengadil perlawanan ketika menentang AC Milan dalam kejohanan Liga Juara-juara, semalam.

Wenger dikatakan tidak berpuas hati dengan pengadilan Damir Skomina dari Slovenia, yang didakwa memihak kepada AC Milan.

Dalam perlawanan awal pagi semalam (waktu Malaysia), Arsenal meskipun menang 3-0 tetapi kalah dari segi agregat 4-3 di tangan AC Milan.

Wenger pernah berhadapan dengan hukuman Uefa tahun lalu. Ketika itu beliau melahirkan kritikan selepas gagal di tangan Barcelona.

Selepas pertemuan dengan AC Milan semalam, Wenger antara lain berkata: "Saya tidak gembira dengan pengadil malam ini sebab saya rasa dia telah memberi terlalu banyak tendangan percuma (kepada AC Milan).

"Setiap kali mereka jatuh, mereka diberi sepakan percuma dan mereka menyedarinya dan mereka telah menggunakan dengan sebaik yang mungkin," katanya lagi.


EmoticonEmoticon