09 Mac, 2012

PAS Jamin Tawan 17 DUN Di Johor?

Memang hebat Mazlan Aliman. Selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman baru-baru ini menegaskan bahawa PAS dan Pakatan Haram mampu menawan negeri Johor dari UMNO/BN. Hebat benar bunyi kenyataan Mazlan tersebut.

Saya tak tahu atas kapasiti atau penilaian dari mana Mazlan Aliman ambil untuk menyokong kenyataannya tersebut. Namun dari cara dan bunyinya, dia membuat kenyataan itu berdasarkan pertimbangan diri yang boleh ditakrifkan sebagai “syok sendiri”!

Menariknya, Mazlan memberitahu bahawa PAS Johor memberikan fokus kepada 17 DUN yang dikatakan “boleh menang” dan “kawasan putih” di pandangan matanya. Dengan kerusi-kerusi lain yang ditandingi PKR dan DAP, dia menjangkakan mampu merampas Johor pada PRU ke-13 nanti.

Rasanya, Mazlan perlu ukur baju di badan sendiri. Merujuk kepada rekod ‘tsunami politik’ pada PRU ke-12 yang berlangsung pada tahun 2008, PAS bertanding di 39 kerusi DUN di Johor. Saya ulangi, 39 kerusi DUN dan bukannya 17 kerusi.

Dan dari 39 DUN tersebut, PAS hanya menang dua kerusi DUN iaitu di DUN Maharani dan DUN Sungai Abong. Saya ulangi sekali lagi bilangannya, 2 (dua) DUN sahaja! Itu pun menang dengan majoriti kurang selesa.

Dua DUN itu dimenangi ketika “tsunami politik” yang menyaksikan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan berjaya dijajah Pakatan Haram manakala Kelantan berjaya mengukuhkan DUN. Tapi di Johor hanya menang 2 DUN saja!

Jadi, bayangkanlah pada PRU ke-13 nanti di mana dijangka tiada lagi ‘tsunami politik’, mampukah Mazlan Aliman merealisasikan “jangkaan mimpi”nya itu.

Saya percaya, kalau PAS hanya menang 1 atau 2 DUN, dia akan kata BN/UMNO menipu undi dan kalau PAS tidak menang langsung dah tentu dia akan tuduh SPR dan UMNO/BN berpakat kenakan dia!

Kalau dari 2 DUN itu Mazlan menjangkakan meningkat kepada 3-4 DUN, maka logiklah juga. Tapi sampai 17 DUN! Agak-agaklah kalau nak buat kenyataan pun. Kalau nak menipu pun berpada-padalah. Dan kalau nak taruh harapan pun biarlah jangkaan yang masuk akal. Barulah tidak memalukan pada kemudian hari nanti…

Mungkin Mazlan fikir bahawa pengaruhnya dia sehebat Tun M. Atau mungkin dia fikir kenyataannya itu mampu “impress”kan Hadi Awang untuk memilihnya sebagai calon PRU ke-13 nanti. Dia tak sedar dirikah bahawa dia sudah beberapa kali kalah bertanding PRU?

Apakah dia tak tahu bahawa Johor merupakan kubu kuat BN? Dia tak tahukah bagaimana hubungan rakyat Johor dengan UMNO/BN? Dia kata rakyat Johor bijak dan tak tunjuk sokongan mereka secara terang-terangan kepada PAS…

Betulkah begitu? Atau Mazlan Aliman nak pujuk dirinya sendiri? Ya. Memang orang Johor bijak dan pandai. Dan mereka tak pernah mengkhianati Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Dan sebab itulah mereka memilih UMNO/BN sebagai kerajaan di Johor.

Rakyat Johor tak mahu jadi macam rakyat di Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Rakyat Perak hampir tergadai semuanya kerana beri undi pada Pakatan Nga dan Ngeh yang membonekakan Nizar.

Rakyat Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pula sedang teruk menderita dibawah pentadbiran ‘penjajah’ Pakatan Haram di negeri masing-masing. Di Kelantan? Sudah lebih 22 tahun mereka menderita. Semuanya menangis tak berlagu dan tak sabar mahu menukar kembali kerajaan negeri mereka kepada UMNO/BN.

Jadi memang benarlah rakyat Johor bijak sebab mereka tak pernah tertipu sebagaimana rakyat di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram. Sebab tu mereka dilihat bijak. Cuma Mazlan Aliman dan konco-konconya saja yang bodoh sebab tak pernah sedar perkara ini.

Saya percaya, sekiranya Mazlan Aliman berkata begini secara terbuka di atas pentas di Danga Bay atau di Bazar JB, rasanya dia sudah teruk diketawakan rakyat Johor. Silap-silap, mukanya basah teruk diludah rakyat Johor. Berani? Cubalah…

mykmu


EmoticonEmoticon