09 Mac, 2012

'FIFA perlu minta maaf' - Tengku Abdullah

KUANTAN - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) perlu meminta maaf berhubung kenyataan tidak berasas bekas ketua pegawai keselamatannya, Chris Eaton yang mendakwa pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlibat mengatur keputusan perlawanan.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menegaskan, kenyataan Eaton tidak berasas dan mengejutkan kerana tiada fakta asas yang boleh membuktikan dakwaan itu.

"Kenyataan ini tidak profesional dan tidak beretika tanpa disertai dengan bukti kukuh.

"Justeru, saya harap FIFA perlu menjelaskan agenda sebenar kenyataan sedemikian dikeluarkan termasuk memohon maaf kepada FAM kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan imej persatuan," tegas Tengku Abdullah kepada pemberita selepas melawat venue Sukan Malaysia (Sukma) di sini, semalam.


EmoticonEmoticon