24 April, 2012

Futsal AFF 2012 - Malaysia di belasah 2-7 oleh Vietnam

KUALA LUMPUR - Malaysia gagal menjuarai Kumpulan A Kejuaraan Futsal AFF 2012 apabila kalah 2-7 kepada Vietnam dalam perlawanan akhir kumpulan di Stadium Thonburi, Bangkok hari ini.

Vietnam, yang dibimbing oleh jurulatih dari Itali, Sergio Gargelli, menjadi juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah manakala Malaysia naib juara kumpulan dengan sembilan mata.

Malaysia mungkin berdepan dengan juara bertahan Thailand pada perlawanan separuh akhir Rabu ini.

"Kami telah mencapai sasaran awal dengan melangkah ke separuh akhir," kata Gargelli seperti dipetik oleh laman sesawang AFF www.aseangootball.org.

Malaysia dan Vietnam sudah layak ke separuh akhir manakala Thailand akan bertemu Indonesia lewat hari ini bagi menentukan kedudukan akhir kumpulan B.

Pada perlawanan sebelum ini, Kemboja menduduki tempat ketiga Kumpulan A apabila mencatatkan kemenangan sulung dengan mengalahkan Filipina 9-5.- Bernama


EmoticonEmoticon