06 Mei, 2012

Chong Wei mara final Terbuka Malaysia

DATUK Lee Chong Wei semakin menghampiri misi mencatat gelaran keempat berturut-turut apabila dengan mudah mengetepikan pencabar dari Indonesia, Tommy Sugiarto dalam aksi separuh akhir malam ini.

Turun sebagai pilihan utama kejohanan, Chong Wei tidak berdepan dengan kesukaran untuk melangkah ke final apabila menang 21-18,21-18 untuk bertemu sama ada rakan senegara, Muhammad Hafiz Hashim atau pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dalam satu lagi aksi separuh akhir perseorangan lelaki.

Beregu pilihan kedua kejohanan, Chin Eei Hui/Wong Pei Tty juga tidak menghadapi kesukaran untuk menempat tempat final apabila mengatasi gandingan Jepun, 21-19,21-10 dalam masa 37 minit.

Eei Hui/Pei Tty akan berdepan pasangan Singapura, Shinta Mulia Sari/Lei Yao pada aksi final esok selepas gandingan itu mengetepikan satu lagi gandingan Malaysia, Goh Liu Ying/Lim Yin Loo 21-18,21-14 bagi merebut hadiah keseluruhan kejohanan yang bernilai AS$120,000.

Sementara itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying terus beraksi cemerlang untuk memburu gelaran pertama kejohanan kali ini setelah mudah menundukkan pemain Indonesia, Riky Widianto/Puspita Richi Dili dengan catatan 21-18,21-18.

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying akan bertemu gandingan Indonesia, Fadhilah Irfan/Anggraini Weni atau pasangan Singapura, Danny Bawa Chrisnanta/Yi Yan Vanessa Neo dalam aksi final esok.


EmoticonEmoticon