05 Mei, 2012

Euro 2012 - Tujuh negara mahu boikot kejohanan

Euro 2012MENJELANG sebulan kejohanan Euro 2012, tujuh negara mencetuskan kontroversi apabila membuat keputusan untuk memboikot kesemua perlawanan itu berikutan isu membabitkan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko yang dipenjarakan selama tujuh tahun berhubung tuduhan salah guna kuasa.

Negara itu ialah Belanda, United Kingdom (UK), Jerman, Itali, Slovenia, Belgium dan Austria.Kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) itu akan berlangsung dari 8 Jun sehingga 1 Julai di Ukraine dan Poland di mana menyaksikan sebanyak 16 pasukan akan bertanding dalam memburu gelaran juara Euro 2012.

Pasukan-pasukan itu ialah Poland, Greece, Russia, Czech Republic, Belanda, Denmark, Portugal, Jerman, Sepanyol, Itali, Ireland, Croatia, Sweden, Ukraine, Perancis dan England.

Dalam satu kenyataan disiarkan BBC, jurucakap Kementerian Luar Belgium dan Austria berkata, pihaknya tidak akan mengambil bahagian sebagai tanda protes mereka berhubung isu kesihatan Tymoshenko, yang melaporkan beliau dipukul oleh pegawai penjara.

“Kami dan pihak Austria sudah berbincang dan berpakat akan memboikot perlawanan bola sepak Euro 2012.“Melainkan mempunyai cara penyelesaian lain terhadap kes penangkapan Tymoshenko ini," kata mereka.

Sementara itu, Presiden Majlis Eropah, Herman Van Rompuy turut membuat keputusan untuk membatalkan rancangan mereka menghadiri sidang kemuncak Ukraine bersama pemimpin Eropah Tengah dan Timur minggu depan di Yalta.Ia turut disokong oleh Pesuruhjaya Eropah, Jose Manuel Barroso.

"Langkah ini diambil selepas melakukan perbincangan dengan semua pihak atas melahirkan rasa kebimbangan terhadap kesihatan bekas Perdana Menteri itu yang dilayan buruk di penjara," kata Herman.

Semalam, Menteri Luar Austria, Micheal Spindelegger berkata, tiada seorang pegawai kerajaan akan menyertai kejohanan untuk menunjukkan sokongan terhadap Tymoshenko yang melancarkan mogok lapar dan mendakwa dipukul oleh pegawai penjara.

Dengan itu, kerajaan Austria semalam mengugut untuk memboikot kesemua perlawanan bola sepak Euro 2012 di Ukraine sebagai bantahan terhadap layanan buruk yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun rancangan ketua-ketua negara Eropah yang mahu memboikot kejohanan bola sepak Euro 2012 itu dikritik hebat oleh Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin yang menganggap keputusan ini hanya akan merugikan semua negara.

“Seharusnya bagi kes ini, isu politik dan sukan tidak wajar dicampuradukkan.

Ini kerana sukan memainkan peranan yang penting dalam proses embangunan dan kefahaman masyarakat sejak dulu lagi. Kegagalan pada kejohanan Euro tahun ini ia akan  membuatkan sesebuah negara mengalami kerugian berjuta-juta sekali gus menjejaskan ekonomi negara,” kata Putin.
posted from Bloggeroid


EmoticonEmoticon