19 Mei, 2012

FAM digesa sekat siaran TV berkaitan bola sepak ke rumah Tan Sri Annuar

Kuala Lampir - FAM digesa bekerjasama dengan semua stesen tv di negara ini termasuklah ASTRO agar menyekat semua siaran sukan yang berkaitan bola sepak ke rumah Tan Sri Annuar Ibrahim...eh! Annuar Musa.

Ini bertepatan dengan larangan yang dikeluarkan oleh FAM sendiri yang menghalang Annuar Ibrahim...isk! Annuar Musa agar tidak terbabit dengan mana-mana aktiviti yang berkaitan bola sepak.

Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai, Annuar juga telah dihalang untuk untuk menyeberang padang bola sepak untuk ke rumah sahabatnya pada petang semalam.

Pihak FRU dikerahkan untuk menjaga padang bola tersebut dan Annuar terpaksa berpusing mengikut laluan biasa untuk ke rumah sahabatnya yang berada di hadapan padang bola tersebut.

Saksi yang tidak boleh dipercayai juga berkata, Annuar tidak dapat membeli bebola ikan kegemarannya di pasaraya akibat dari larangan FAM tersebut.

Annuar yang kecewa dengan larangan tersebut berkata, beliau akan tetap menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Sime Darby walaupun terpaksa menggunakan broadband.

Difahamkan, FAM telah pun berbincang dengan pihak pembekal jalur lebar dan internet di seluruh negara untuk menyekat IP address Tan Sri Annuar Musa dari terus menonton dan mendapatkan maklumat mengenai apa sahaja berkaitan bola sepak.

Sumber : ESPN Mongolia


EmoticonEmoticon