20 Mei, 2012

Hafiz juara Mania, bawa pulang RM500,000!

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Hafiz mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekali gus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000

Hafiz berkata, dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak sangka bahawa dirinya dapat mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.

"Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini.

"Semoga hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung.

Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.

Manakala Jaclyn Victor di tempat ketiga, hasil undian sebanyak 22 peratus, sekali gus memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000.


EmoticonEmoticon