10 Mei, 2012

Hoki - Malaysia layak ke perlawanan akhir Hoki Remaja Asia tewaskan India

MELAKA 10 Mei - Skuad hoki negara melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Remaja Asia Ketujuh selepas menewaskan penyandang juara India 2-0 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit di sini sebentar tadi.

Dua gol jaringan Faizal Saari di minit ke-40 dan Mohamad Syamim Mohd. Yusof di minit ke-65 membolehkan skuad projek 2013 layak ke perlawanan akhir buat kali kedua selepas 1992 di Ipoh, Perak.

Dalam perlawanan akhir Ahad ini, Malaysia akan berdepan sama ada Pakistan atau Korea Selatan yang akan membuat penentuan dalam perlawanan separuh akhir kedua selepas ini. - UTUSAN

1 comments so far


EmoticonEmoticon