08 Mei, 2012

Hoki: Malaysia layak ke Piala Dunia Remaja 2013

MELAKA - Skuad hoki negara berjaya menempah tiket ke Piala Dunia Remaja 2013 apabila layak ke separuh akhir Kejohanan Remaja Piala Asia selepas mengakhiri saingan peringkat kumpulan di Stadium Hoki Bukit Serindit di sini malam tadi.

Malaysia mengekalkan tanpa rekod dengan mengalahkan Jepun 3-1 untuk muncul juara Kumpulan A dan akan menentang juara bertahan India pada perlawanan separuh akhir Khamis ini.

India pula muncul naib juara Kumpulan B dengan mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menang tipis 2-1 ke atas China pada perlawanan akhir peringkat kumpulan hari ini.

Pakistan muncul juara Kumpulan B dengan perbezaan kiraan gol dengan berpesta gol apabila membelasah Sri Lanka 14-0.

Pakistan pula akan menentang Korea Selatan, selaku naib juara kumpulan A, pada perlawanan separuh akhir nanti.

Mengikut peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), sebanyak empat pasukan terbaik dari Piala Asia di sini termasuk India, selaku tuan rumah, layak ke Piala Dunia Remaja di New Delhi, India, tahun depan.

Pada perlawanan Malaysia-Jepun, pasukan pelawat melakukan kejutan awal apabila mendahului seawal minit keempat menerusi jatringan padang oleh Suguru Hoshi.

Bagaimanapun, kapten pasukan negara, Mohd Faeez Ibrahim menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-13.

Pada babak kedua, pasukan negara terus dihampakan dengan permainan bertahan oleh para pemain Jepun dan hanya pada minit ke-58, pintu gol Jepun dirobek menerusi jaringan kedua oleh pemain tengah negara, Mohd Syamin Mohd Yusof menerusi jaringan padang.

Faizal Shaari menutup tirai jaringan Malaysia pada minit ke-67.

Jurulatih negara Dhamaraj Abdullah berkata kemenangan Malaysia itu penting dalam meneruskan momentum kemenangan bagi pertemuan separuh akhir menentang India selaku naib juara kumpulan B pada Khamis ini.

"Setelah layak ke peringkat akhir Piala Dunia, misi kita seterusnya untuk muncul juara kejohanan ini," katanya.

Kedudukan Kumpulan A


Pasukan P M S K J B Mata
MALAYSIA 3 3 0 015 59
KOREA SELATAN 3 2 0 112 86
Jepun 3 10 25 8 3
Iran 3 0 0 33 140

Kedudukan Kumpulan B


Pasukan P M S K J B Mata
PAKISTAN 3 2 1 117 27

INDIA
3 2 1 015 37
China 3 10 26 3 3
Sri Lanka 3 0 0 33 300

(Nota: Pasukan Berhuruf Besar Layak Ke Separuh Akhir)

    Jadual Separuh Akhir: Khamis

    Malaysia mln India
    Pakistan mln Korea Selatan

- Bernama


EmoticonEmoticon