06 Mei, 2012

Hoki Remaja Asia : Malaysia belasah Korea 6-3

MELAKA - Malaysia menewaskan Korea Selatan 6-3 pada perlawanan kedua Kumpulan A Kejohanan Hoki Remaja Asia Ke-7 di Stadium Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, malam tadi.

Ini membawa Malaysia hampir menempah tempat ke separuh akhir dan seterusnya layak ke Piala Remaja Dunia 2013 pada November tahun depan di New Delhi, India.

Faisal Saari berjaya membuka jaringan pendahuluan menewaskan penjaga gol Korea Selatan, Lee Seyong pada minit keenam menerusi pukulan sudut penalti sebelum Mohammad Syammim Mohd. Yusof menambah jaringan pada minit ke-13.

Pada minit ke-21, pasukan Korea yang mula bertindak agresif berjaya merapatkan jurang dengan Yang Jihun menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Korea Selatan kemudian dihadiahkan pukulan sudut penalti oleh pengadil perlawanan, Fernando Gomez pada minit ke-36 namun gagal memanfaatkan peluang itu. - BERNAMA


EmoticonEmoticon