22 Mei, 2012

Nazmi Faiz tandatangani kontrak SC Beira-Mar selama tiga tahun

Nazmi Faiz mencipta sejarah apabila menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di Eropah. Pemain muda ini telah menandatangani kontrak bersama Beira-Mar untuk tiga musim yang akan datang.

Nazmi, 17, pemain harapan remaja Asia itu telah menandatangani kontrak bersama Beira-Mar sehingga June 2015.

Nazmi hadir untuk sesi pemilihan minggu lepas telah berjaya menambat hari pihak pengurusan kelab tersebut yang merasakannya mempunyai potensi yang amat besar di Eropah.




Pada usia yang begitu muda, pemain kebangsaan Malaysia bawah 21 tahun dan 23 tahun ini telah menjadi pemain pertama yang berhijrah ke kelab itu.
"Sukar saya nak gambarkan perasaan ini. Ini adalah peluang terbaik saya dan saya telah berjaya.

"Bermain di Eropah adalah impian saya selama ini. Saya berasa amat gembira dan berkeyakinan tinggi untuk terus maju ke hadapan. Saya sukakan Beira-Mar semenjak pertama kali menjejakkan kaki di sini." kata pemain Malaysia itu.

"Saya berasa amat lega diterima bermain dan akan sentiasa mematuhi arahan pengurus, Ulisses Morais dan Kapten Pasukan, Hugo. Teguran dan didikan mereka amat berharga buat saya.

"Saya juga akan bermain sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik dan membanggakan negara saya, Malaysia." kata Nazmi.

SC Beira-Mar.pt

1 comments so far

CONGRATES NAZMI ! We will pray for you from here, GOOD LUCK BRO~

View our full product list: http://cebagoomarket.blogspot.com/2012/04/cebagoo-market-product-list-and-info.html


EmoticonEmoticon