23 Mei, 2012

Penjawat Awam dedah rahsia kerajaan boleh didakwa

SHAH ALAM - Penjawat awam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi sekiranya mendedahkan dokumen, maklumat dan bahan rasmi yang diklasifikasikan sebagai sulit kepada umum meskipun telah bersara.

Pakar Undang-undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit tidak seharusnya didedahkan kepada umum kerana bimbang akan keselamatan­ awam dan negara serta bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi.

“Sebagai penjawat awam, mereka telah menandatangani ‘kerahsiaan’ maklumat, sekiranya gagal berbuat demikian, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi, iaitu dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.




“Sehubungan itu, penjawat awam yang diamanahkan kunci jabatan atau keselamatan perlu bertanggungjawab ke atasnya,” katanya lagi.

Beliau mengulas tindakan penjawat awam yang telah bersara dan memilih untuk menyertai parti politik.

Menurut Shamrahayu, segala maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit perlu dilindungi dan penjawat awam dikehendaki sentiasa menjaga maruah dengan tidak mendedahkannya.


EmoticonEmoticon