23 Mei, 2012

Piala Thomas - Seperti dijangka, Malaysia gagal ke separuh akhir

BERIKUT keputusan semasa persaingan suku akhir badminton Piala Thomas antara China dan Malaysia, yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan, China.

Pemain perseorangan Malaysia, Daren Liew sedang mendahului Lin Dan selepas mengatasinya dalam set pertama dengan catatan 17-21.

Dalam pada itu, Lin Dan kembali bangkit mengikat kedudukan dengan catatan 21-9, sekali gus memaksa Daren bermain di set penentuan.

Pasukan China sedang mendahului Malaysia 1-0 apabila Lin Dan menumpaskan Liew 21-5 pada set penentuan. walaupun pemain negara dapat men

Selepas ini, pasukan beregu pertama akan beraksi - Cai Yun / Fu Haifeng melawan Koo Kien Keat / Tan Boon Heong.

Pasangan beregu China, Cai Yun dan Fu Haifeng menewaskan beregu negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dalam saingan sengit di set kedua dengan catatan 21-18. China sedang mendahului Malaysia 2-0. Peluang Malaysia tampak lebih sukar sekarang dan mengharapkan Muhammad Hafiz Hashim dapat menumbangkan Chen Long sebentar lagi.

Hafiz gagal untuk membantu negara apabila tumpas di set kedua kepada Chen Long dengan catatan 21-11, sekali gus menamatkan impian Malaysia untuk layak ke separuh akhir Piala Thomas di Wuhan.

Perlawanan yang berbaki dua diteruskan oleh pasangan beregu kedua negara, Lim Khim Wah dan Goh V Shem menentang Shen Ye dan Hong Wei. Selepas itu, perlawanan perseorangan terakhir, Chen Jin (China) menentang Chong Wei Feng (Malaysia).


EmoticonEmoticon