02 Mei, 2012

Roy Hodgson dilantik sebagai Pengurus England yang baru

LONDON - FA England telah mengesahkan Roy Hodgson telah dilantik sebagai Pengurus baru pasukan England selama 4 tahun.

Hodgson, 64, telah pun disebut-sebut oleh FA semenjak Isnin lalu setelah West Brom membenarkan pengurus mereka itu berbincang mengenai kedudukannya.

Bekas pengurus Liverpool itu muncul sebagai watak utama yang disebut-sebut untuk menjadi pengurus pasukan England apabilabeliau secara terbuka mengumumkan kesediaanya untuk menguruskan pasukan negaranya itu.

Harry Redknapp pernah juga dikatakan akan memegang jawatan tersebut, tetapi FA telah memilih Hodgson oleh kerana pengalam antarabangsanya bersama Finland, Switzerland dan UAE.

Stuart Pearce telah menjadi pengurus sementara untuk pasukan England setelah Fabio Capello mengumumkan perletakan jawatannya pada February lepas dan tewas kepada Belanda 3-2 pada bulan Mac lalu.



Hodgson akan memulakan persiapan England untuk Euro 2012 di mana mereka telah diletakkan berseama Ukraine, Sweden dan France di dalam kumpulan D dan beberapa peralwanan persahabatan bertemu Norway dan Belgium.

Beliau masih lagi kekal menguruskan West Brom bagi menghabiskan dua lagi sisa perlawanan liga musim ini dan akan bertemu Bolton dan Arsenal sebelum dilepaskan dari kontraknya di Hawthorns itu.

Soccernet


EmoticonEmoticon