07 Mei, 2012

Skuasy negara goyah tanpa senior

KETIADAAN pemain senior gagal dimanfaatkan sepenuhnya pemain muda skuasy negara untuk mempamerkan kemampuan masing-masing apabila pasukan lelaki dan wanita kandas di separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2012 di Kuwait yang melabuhkan tirainya, kelmarin.

Selepas berakhirnya kejohanan tersebut, pasukan lelaki yang diketuai Mohd Nafiizwan Adnan serta Low Wee Wern (wanita) dilihat belum cukup mantap, tiada kematangan malah dilihat terlalu bergantung kepada pemain senior.

Perjalanan pasukan Malaysia yang diwakili Mohd Asyraf Azan, Ivan Yuen dan Kamran Khan di peringkat awal amat mudah, namun kekuatan dimiliki mereka belum cukup untuk mengatasi kelebihan Pakistan selepas tersingkir 0-2 pada aksi separuh akhir.

Manakala, pilihan kedua kejohanan Wee Wern, Delia Arnold, Siti Munirah Jusoh dan Zulhijah Azan turut tersekat di separuh akhir selepas dikecewakan pasukan Hong Kong.


EmoticonEmoticon