02 Mei, 2012

Suspek cetus rusuhan BERSHIT 3.0 ditahan?

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai antara individu menjadi pencetus rusuhan yang berlaku di Dataran Merdeka, Sabtu lalu hingga menyebabkan kerosakan harta benda awam dan mencederakan anggota polis yang bertugas mengawal keadaan ketika itu.

Lelaki terbabit ditahan di rumahnya, di Negeri Sembilan awal pagi semalam dan kini direman tiga hari bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian rusuhan terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek kini disiasat kerana melakukan perbuatan khianat dalam kekacauan atau rusuhan.

“Polis pada pagi ini (semalam) ada membuat tangkapan terhadap seorang lelaki berbangsa India berusia 50 tahun di Negeri Sembilan bersabit kejadian di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

“Lelaki itu direman hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat ketika rusuhan serta memusnahkan harta benda awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.




Difahamkan, selepas ditangkap di rumahnya, lelaki terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tahanan reman dan dia dipercayai adalah individu yang bertindak mengalihkan penghadang dipasang polis di Dataran Merdeka ketika perhimpunan Bersih berlangsung.

Jumlah laporan yang diterima polis berhubung penganjuran dan insiden rusuhan perhimpunan Bersih 3.0 sehingga Ahad lalu adalah sebanyak 381 laporan.


EmoticonEmoticon