15 Mei, 2012

(Video & Gambar) GP Sepanyol - Garaj William Terbakar, 31 cedera

BARCELONA – Kira-kira 31 cedera dan tujuh daripada mereka dikejarkan ke hospital apabila garaj pasukan Formula Satu (F1) Williams terbakar, sebaik saja pemandunya, Pastor Maldonado muncul juara perlumbaan Grand Prix Sepanyol, semalam.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata, 31 mangsa yang cedera mendapat rawatan daripada kakitangan perubatan Litar Catalunya, manakala tujuh yang lain diterbangkan ke beberapa hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sementara itu, Williams mengesahkan kebakaran berpunca daripada kebocoran minyak, di mana empat kakitangan pasukan itu dirawat susulan kecederaan yang dialami dan tiga yang lain masih berada di hospital.





– AFP


EmoticonEmoticon