21 Jun, 2012

Bahasa Cina wajib untuk bakal guru

Bahasa Cina wajib untuk bakal guru

Ipoh: Bakal guru sekolah Cina yang berada di semua  27  institut pendidikan guru (IPG) diwajibkan mengambil subjek bahasa Cina sebagai subjek elektif, menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong.

Ini bagi menjamin kualiti guru sekolah Cina di samping menampung masalah kekurangan guru, tambahnya.

"Peraturan ini akan dikuat-kuasakan kepada 490 pelajar batch baru, di mana 60 daripada mereka akan ditempatkan di IPG kampus Ipoh," Katanya sewaktu lawatan ke kampus Hulu Kinta semalam. ~The Star

Licik sungguh,

1. Maknanya, guru Cina boleh mengajar di sekolah Cina dan sekolah kebangsaan, manakala guru Melayu dan bumiputra terhad kepada sekolah kebangsaan sahaja.

2. Walaupun termaktub dalam perlembagaan bahawa bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan, 'mereka' telah berjaya memaksa bahasa 'mereka' dimartabatkan dengan cara ini, sama seperti sektor swasta yang meletakkan syarat kelayakan dalam iklan jawatan kosong, 'boleh berbahasa Mandarin', kini, kalau hendak mengajar di sekolah Cina mesti tahu bahasa cina walaupun tidak mengajar bahasa Cina.

3. Jelas sekali perkara ini adalah ancaman kepada perpaduan, jika bercakap tidak sama bahasa kemungkinan untuk bertegur sapa adalah kurang, jika kurang bertegur sapa perpaduan susah mahu wujud, kini pun 'mereka' lebih rela bercakap dalam broken english daripada bercakap bahasa kebangsaan, sebab itulah muncul oh my english yang merujuk kepada english 'mereka' lah itu, dan 'mereka'  masih tidak malu mengaku mereka adalah generasi kelima di Malaysia dan melenting dipanggil pendatang walaupun tidak pandai berbahasa Malaysia.

4. Jika Tan Sri Muhiyiddin dikecam keras DAP kerana menegaskan beliau Malay first, Malaysian second yang kononnya ancaman kepada perpaduan, mari kita lihat apa reaksi DAP dalam isu ini, yang terlebih dahulu diperjuangkan puak pelampau Dhong Zong. Untuk rekod, perarakan mereka juga disertai Zuraidah PKR.

(The views expressed here are the personal opinion of the columnist)



EmoticonEmoticon