02 Jun, 2012

Bekas-bekas KSU sertai PAS, tanda-tanda 'kemenangan' besar PAS...hahahaha!

Pas, pantang ada bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaan masuk ke partinya, dia canang habih satu Malaysia!

Macamlah kemasukkan depa tuh punyai signifikan yang tinggi kepada parti. PAS mungkin mengharapkan puak-puak ni bocorkan rahsia-rahsia kerajaan yang mereka tahu ketika bertugas dalam kerajaan. So senanglah nak kumpul fakta untuk dimanipulasikan untuk disebarkan waktu PRU nanti.

Errmm..takde pulak bekas-bekas pegawai nak join PKR dan DAP..apasal pulak eek? Parti lain takde kredibiliti sehebat Pas kah? Atau pemimpin pemimpin sebenarnya bangang dan lurus bendul mudah dimanipulasikan pada masa depan?

SHAH ALAM - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai Pas - pegawai kanan kedua menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dalam tempoh dua minggu ini.

Laporan Harakah Daily menyebut penyertaan beliau menyertai Pas menambah bilangan tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Nik Zain menyandang jawatan Ketua Setiausaha kementerian dari 1998 hingga 2002.

Beliau menyerahkan borang menyertai Pas kepada Presiden Datuk Seri, Abdul Hadi Awang di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Dua minggu lalu, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai parti itu.

Dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online Rabu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya akan menerima penyertaaan ramai bekas pegawai kanan kerajaan.

Katanya, salah seorang daripada mereka adalah "bekas KSU" dan namanya akan diumumkan di Alor Setar sempena Perhimpunan Hijau.

Perhimpunan Hijau menggantikan muktamar tahunan yang ditangguhkan bagi membuat persiapan menghadapi PRU13.

1 comments so far

Dapat arahan dari UMNO kot,supaya masuk PAS.


EmoticonEmoticon