14 Jun, 2012

De Matteo sah pengurus baru Chelsea

Chelsea telah mengesahkan mereka telah melantik Roberto Di Matteo sebagai pengurus baru mereka dengan perjanjian kontrak dua tahun.

Bekas pemain tengah Chelsea itu, yang telah memimpin Blues kepada kemenangan Piala FA dan Liga Juara-Juara selepas mengambil alih sebagai daripada Andre Villas-Boas sebagai pengurus sementara di bulan Mac - telah pulang ke Stamford Bridge pada hari Rabu selepas percutiannya.




Ketua eksekutif, Ron Gourlay berkata di laman web kelab itu: "Bakat Roberto menyerlah apabila beliau memimpin kelab ini kepada kemenangan Piala FA dan Liga Juara-Juara. Dan kami semua di Chelsea gembira beliau akan dapat teruskan kerja baiknya.

Di Matteo berkata: "Saya sangat gembira diberikan peluang untuk menjadi pengurus Chelsea sepenuh masa. Kami telah menikmati kejayaan yang hebat musim lalu dan mencatat sejarah untuk kelab ini. Matlamat kami adalah untuk terus berkembang sebagai satu pasukan dan saya tidak sabar untuk mulakan musim baru."

Espnstar.my


EmoticonEmoticon