09 Jun, 2012

Euro 2012 - Russia bermula garang, belasah Republik Czech 4-1

Wroclaw 9 Jun - Rusia membuktikan betapa mereka perlu diberi perhatian sebagai salah satu pasukan yang mampu melakukan kejutan pada saingan Euro 2012 setelah menang besar, 4-1 ke atas Republik Czech pagi ini.

Penyerang CSKA Moscow, Alan Dzagoev membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum meledak rembatan padu pada minit ke-79 untuk menewaskan penjaga gol Czech, Petr Cech buat kali kedua.

Sementara dua lagi gol disumbangkan pemain tengah, Roman Shirokov pada minit ke-24 dan pemain gantian, Roman Pavlyuchenko kira-kira lapan minit sebelum perlawanan tamat.

Gol sagu hati Czech pula dijaringkan pemain tengah, Vaclav Pilar pada minit ke-52.Selain aksi pantas dan taktikal tepat, kemenangan besar anak-anak buah Dick Advocaat turut dibantu kerapuhan benteng pertahanan lawan yang sering membenarkan penyerang Rusia bebas mencari ruang untuk melancarkan serangan. - AGENSI
posted from Bloggeroid


EmoticonEmoticon