15 Jun, 2012

Euro 2012 - (Video Jaringan) Sepanyol benam Ireland 4-0

 
Penyandang juara Sepanyol sekali lagi mempamerkan persembahan berkualiti dan berkelas dunia dengan menjaringkan empat gol tanpa dibalas dalam pertemuan Kumpulan C dengan Republik Ireland di Stadium Arena, Gdansk.

Gol Sepanyol dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit keempat. Kedua-dua pasukan menyasarkan tiga mata penuh yang penting bagi merebut slot di pusingan kalah mati nanti.

Gol kedua dijaringkan di awal permainan separuh masa kedua oleh David Silva dan disusuli oleh Torres, dilihat akan muncul sebagai hero. Cesc Fabregas yang menggantikan Torres menjaringkan gol keempat Sepanyol.

Seawal minit keempat, penyerang La Roja, Fernando Torres bijak menyempurnakan jaringan selepas situasi kelam-kabut dalam kotak penalti Ireland, sekali gus merupakan gol sulungnya dalam kejohanan edisi kali ini.

Pada awal babak pertama, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang dan berhati-hati.

Anak-anak buah Giovanni Trapatonni dilihat masih gagal memberi sebarang ancaman ke atas benteng Sepanyol. Sebaliknya, Sepanyol lebih banyak menyerang dan menguasai bahagian tengah seperti biasa sepanjang 20 minit terakhir sebelum tiupan wisel penamat separuh masa pertama.

Pada ketika ini, saingan kumpulan itu sangat terbuka dan sengit selepas Itali dan Croatia terikat 1-1 di Stadium Municipal, Poznan dua jam lalu.

Ia memberi peluang kepada Sepanyol dan Ireland memintas kedudukan dua pasukan itu. Sepanyol mengutip satu mata dan Ireland tiada sebarang mata setakat ini.

Pada perlawanan pembukaan Selasa lalu, Sepanyol seri 1-1 dengan Itali dan Ireland tewas 3-1 kepada Croatia.
Penyerang Sepanyol dan Ireland, Fernando Torres serta Robbie Keane pastinya mahu memburu gol sulung kejohanan edisi kali ini.

Setakat ini, Sepanyol mempunyai rekod tanpa kalah sebanyak 16 perlawanan. Kekalahan terakhir mereka adalah pada peringkat pembukaan kumpulan kepada Switzerland di Piala Dunia 2010.

Pada perlawanan pembukaan Selasa lalu, Sepanyol seri 1-1 dengan Itali dan Ireland tewas 3-1 kepada Croatia.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Sepanyol menewaskan Ireland 3-2 melalui sepakan penalti selepas seri 1-1 ketika Piala Dunia 2002.



Spain 4-0 Rep. of Ireland (Euro 2012 - Group C)... by fasthighlights-2012


EmoticonEmoticon