20 Jun, 2012

Euro 2012 - (Video Jaringan) Sweden tewaskan Perancis 2-0

SWEDEN mempamerkan aksi cemerlang apabila menghadiahkan kemenangan sebelum pulang daripada kejohanan edisi kalai ini apabila menundukkan Perancis 2-0 di Stadium Olimpik, Kiev sebentar tadi.

Gol-gol Sweden dijaringkan oleh Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-54 dan Sebastian Larsson pada waktu kecederaan sebelum tamat perlawanan.

Pasukan Les Blues gagal untuk memanfaatkan peluang untuk menjuarai kumpulan dan menyaksikan England menjuarai kumpulan selepas menewaskan tuan rumah, Ukraine 1-0 hasil jaringan Wayne Rooney.

Dalam pada itu, Perancis tetap layak selepas mengutip lima mata iaitu tempat kedua dibelakang England yang mengumpul tujuh mata.

Pada pusingan kalah mati nanti, Perancis akan berdepan misi getir apabila bertemu juara bertahan, Sepanyol pada 24 Jun ini.


Sweden 2-0 France (Euro 2012 - Group D) All Goals by fasthighlights-2012

Ini merupakan perlawanan terakhir bagi peringkat kumpulan D saingan Euro 2012, sebelum pusingan suku akhir membuka tirainya pada 22 Jun yang menyaksikan Republik Czech menentang Portugal.

Untuk rekod, Sweden telah bertemu dengan Perancis sebanyak 17 kali dimana mereka menang empat kali, seri lima kali dan tewas sebanyak lapan kali.

Pertemuan kali terakhir mereka ialah pada aksi persahabatan pada Ogos 2008 yang menyaksikan Perancis menewaskan Sweden 3-2.





EmoticonEmoticon