15 Jun, 2012

Euro 2012 - (Video Jaringan) Itali seri lagi dengan Croatia 1-1

Jaringan Mario Mandzukic pada minit ke-72 memusnahkan impian pasukan Itali untuk mengutip tiga mata penuh yang 'amat penting' apabila perlawanan di Stadium Municipal Poznan sebentar tadi (waktu Malaysia) berkesudahan 1-1.

Keputusan ini jelas mengecewakan jutaan penyokong Itali yang ingin melihat pasukan mereka mara ke suku akhir, sebaliknya peminat Crotia berpuas hati meskipun mencatat sekadar seri.

Itali yang mencari tiga mata penting mendahului melalui sepakan percuma menerusi Andrea Pirlo pada minit ke-39, untuk kembali menghidupkan peluang mereka ke suku akhir Euro 2012.

Bagaimanapaun, Croatia yang tersentak dengan jaringan awal Itali cuba melakukan asakan, namun penguasaan yang didominasi oleh skuad Azzuri nyata tidak berhasil untuk menjaringkan gol.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi setelah menewaskan Republik Ireland 3-1 pada perlawanan pertama, Croatia terus mengasak dan akhirnya jaringan penyamaan berhasil menerusi Mario Mandzukic pada minit ke -72.

Skuad bimbingan cesare Prandelli yang mampu untuk menjaringkan gol pada pertemuan tersebut, bagaimanapun gagal dilaksanakan dengan baik sehingga melepaskan banyak peluang.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Croatia menewaskan Itali 2-1 pada tahun 2006.

Dalam perlawanan sulung Isnin lalu, Croatia menang ke atas Republik Ireland 3-1 manakala Itali dan Sepanyol terikat seri 1-1.

Selepas ini, satu lagi perlawanan dijangka menarik apabila juara bertahan, Sepanyol akan menentang Republik Ireland jam 2.45 pagi.

Dari segi mata, Croatia kini berada di tangga atas dengan empat manakala Itali pula dua.


Италия - Хорватия 1:1(О) by landsgraaf


EmoticonEmoticon