13 Jun, 2012

(Gambar) Siapakah artis yang bertatu dan jalani gaya hidup playboy ini?

Gossip artis-artis baru sekarang ini makin lama makin haru biru. Kebanyakan mereka semuanya berlatar belakang pendidikan tinggi dari luar negara. Dan tidak disangka juga iman mereka begitu nipis ketika di perantauan hingga sanggup menggadai maruah dan agama.

Pembongkaran artis ini oleh Rotikaya sudah boleh diagak. Beberapa ketika dahulu, Utusan telah pun menemubual seorang artis lelaki yang turut dikatakan mempunya tatu ditubuhnya. Anda sendiri boleh agakkan siapa beliau..

Dasyat kehidupannya di luar negara...

Gossip: Penyanyi Popular Sembunyi Tatu & Jalani Gaya Hidup Playboy?

Kalau di’ikutkan gaya penulisan e-mail yang kami terima lewat petang semalam, memang si pengirim seakan marah habis dengan penyanyi lelaki yang sedang popular ini.

Penyanyi popular ini di’katakan masih mengekalkan kehidupan liar beliau di’belakang para peminat yang mempercayai imej baik yang beliau bawa selepas membuat kemunculan pertama.

Walaupun ketika ini beliau mengakui memiliki kekasih hati, pengirim e-mail mendakwa penyanyi ini masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lama’nya.

Berderet juga nama yang di’senaraikan kepada kami lengkap dengan tempoh mula & tamat percintaan. Si pengirim seakan mempunyai pengetahuan tinggi tentang kehidupan penyanyi ini.

Oh berkaitan tatu? Anda boleh lihat sendiri gambar gambar yang di’kirim selepas ini. Tatu yang ada di’katakan wujud sejak beliau tinggal di’luar negara lagi.

Rotikaya





EmoticonEmoticon