23 Jun, 2012

Kelayakan Piala Asia B-22 - Malaysia tumpas pada Korea 2 - 3

Sebentar tadi tamatnya perlawanan antara Malaysia dan Korea Selatan untuk kejohanan Kelayakan Piala Asia B22 2013.

Malaysia tumpas 2-3 kepada pasukan Korea walaupun mendahului 1-0 hasil jaringan Arasu. Kemudian , pasukan Malaysia seperti kehilangan arah apabila melepaskan 3 lagi gol dua daripadanya hasil dari sepakan percuma.

Separuh masa kedua melihatkan Malaysia memperkemaskan serangan dan hasilnya satu lagi gol berjaya dijaringkan sekali lagi oleh Arasu.

Pertahanan Malaysia yang agak goyah, telah memberi banyak ruang untuk Korea melancarkan serangan. Perkara ini perlu diberi perhatian penting bagi menghadapi perlawanan seterusnya.


EmoticonEmoticon