08 Jun, 2012

Perlawanan persahabatan - Malaysia seri dengan Singapura 2-2


Skuad Harimau Malaya gagal mempamerkan aksi cemerlang untuk mencatat kemenangan apabila hanya terikat seri 2-2 dengan Singapura  dalam perlawanan persabahatan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.

Pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal terus mempamerkan aksi cemerlang apabila jaringan Syafiq Rahim pada minit ke-60 berjaya membolosi pintu gawang lawan untuk mendahului 2-0 pada babak kedua.

Jaringan Azamudin Akil pada minit ke-42 membuatkan pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal mendahului dengan kelebihan satu gol.

Bagaimanapun, perlawanan babak pertama dilihat kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang seimbang dan saling mengasak kubu masing-masing.


EmoticonEmoticon