05 Jun, 2012

Ronaldinho tak dibayar gaji...

BEKAS bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho menunjukkan jersi kelab barunya, Atletico Mineiro ketika sidang media di Belo Horizonte, Brazil, hari ini, kurang seminggu selepas menamatkan kontrak dengan Flamengo dan menyaman kelab lamanya itu yang didakwa tidak membayar gaji. - Foto AP

RIO DE JANEIRO: Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho yang menamatkan kontrak dengan Flamengo, minggu lalu selepas mendakwa gajinya berjumlah AS$20 juta gagal dibayar kelab itu, hari ini menandatangani perjanjian untuk beraksi dengan kelab Atletico Mineiro.

“Kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa pengurusan kelab berjaya membawa Ronaldinho ke Atletico,” kata presiden baru kelab itu, Alexandre Kalil dalam laman webnya.
Pemain berusia 32 tahun itu pernah beraksi bersama Barcelona dan Milan serta pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.

Ronadinho, yang bersama skuad Brazil menggondol Piala Dunia 2002, akan memperoleh gaji pokok AS$150,000 bagi musim ini berbanding AS$600,000 ketika bersama Flamengo. - AFP


EmoticonEmoticon