17 Jun, 2012

Sila Sahin, gadis Islam pertama beraksi untuk majalah Playboy!

Sila Sahin, seorang gadis Turki German berusia 25 tahun yang tinggal di Berlin, selama ini telah menjadi salah satu contoh bagaimana kehidupan seorang gadis beragama Islam yang moden menjalani kehidupan di dalam masyarakat yang berbilang bangsa.

Pelakon yang terkenal melalui rancangan television di German seperti Good Times, Bad Times telah membanggakan ramai peminat dan keluarganya di Turki.

Tetapi, tindakan beliau yang terbaru telah mengejutkan ramai peminat beliau dan juga sanak saudara yang rapat dengannya.

Beraksi bogel dengan gaya yang mengghairahkan untuk majalah Playboy German, Sila Sahin telah 'menghantar' mesej yang jelas untuk keluarganya di Turki.

"Saya lakukannya kerana saya mahu bebas," katanya.

"Gambar-gambar tersebut adalah kebebasan yang saya paparkan semenjak larangan yang dikenakan ke atas saya sejak saya kecil lagi."

Keluarganya, seperti dijangka, menerima berita tersebut bagaikan dunia sudah kiamat, dan ibunya telah memutuskan semua hubungannya dengan anaknya itu

"Ibu saya masih lagi marah. Apatah lagi dengan datuk dan nenek saya, pakcik dan makcik," katanya di laman web television.






EmoticonEmoticon