07 Jun, 2012

Tiket bola Malaysia-Manchester City dijual hari ini

PETALING JAYA – Tiket bagi perlawanan antara Manchester City FC dan Pilihan Malaysia pada 30 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akan mula dijual hari ini.

Perlawanan itu, yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dipromosi secara eksklusif oleh ProEvents, dianjurkan sempena ulang tahun ke-20 penglibatan ProEvents dalam bola sepak.

"Di sebalik peningkatan kos di seluruh dunia, tiada sebarang kenaikan dalam harga tiket bagi perlawanan ini. Harga tetap sama sejak sedekad lepas,” kata ketua pegawai eksekutif ProEvents Group, Julian Kam pada majlis pelancaran jualan tiket di Wisma FAM di Kelana Jaya semalam.

Tiket bagi perlawanan itu berharga RM58, RM68, RM108, manakala tiket VIP terhad pula RM388.

Tiket boleh diperoleh di semua cawangan Ticketpro, Ticketpro hotline dan laman web rasminya, www.ticketpro.com.my. – BERNAMA


EmoticonEmoticon