23 Julai, 2012

3DL: Grup Anti Islam

Umat Islam di Malaysia semakin hari semakin kecil, mulanya dua kemudian tiga kemudian empat kemudian lima lepas ini tak tahu berapa, UMNO PAS, PKR, Perkasa dan terbaru Jati.

Dalam mereka bercakaran sesama sendiri wujud grup di barat yang terang-terang anti Islam, bukan sahaja mereka terang-terang anti Islam, mereka mengajak pula grup dari agama lain untuk turut serta anti Islam.

3nglish D3fence L3ague (3DL) mula dikesan pada tahun 2009 ialah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bagi menghalang penyebaran Islamisme (nilai-nilai Islam), undang-undang syariah dan pelampau Muslim di Eropah.

Penyata Misi mereka tertulis: "Jika anda seperti kami dan berpuluh juta patriot yang lain di negara ini, yang muak dengan pelampau Muslim, Islamisme dan dolak-dalik kerajaan yang tidak mampu menangani isu ini, maka sertai kami kumpulan protes terbesar dunia dan bantu kami melakukan perubahan positif kepada yang lebih baik."

Aktiviti utama mereka ialah mengadakan demonstrasi jalanan selain daripada aktif mengumpulkan ahli dan menyebar propaganda melalui laman web dan laman sosial seperti fb dan twitter.

Setakat ini mereka mempunyai cawangan daerah, cawangan 3DL Yahudi dan sedang giat menarik penganut Sinkh dan Hindu menyertai mereka. Natijahnya, majoriti penganut Sinkh keberatan dan menolak grup yang dianggap fasis dan bertenatangan dengan nilai-nilai Sinkh walaupun sebilangan kecil menyokong, begitu juga dengan penganut Hindu walaupun ada sejumlah kecil menyokong grup itu melalui satu grup FB khas.

Antara tulisan-tulisan propaganda dan menghasut 3DL buat penganut Hindu bermula dengan, "Ramai yang tidak mengetahui gerakan genocide (penghapusan etnik secara sitematik) selama 800 tahun yang ditanggung oleh penganut Hindu di India oleh tentera penakluk Arab, Turki, Mughal dan Afghan.", seterusnya memburukkan Islam dengan menyamakannnya dengan kisah penghapusan etnik lain seperti Nazi ke atas Yahudi dan sebagainya.

Jumlah keahlian 3DL tidak di ketahui secara rasmi, walupun jurucakap mereka memberitahu dalam 100 000 orang tetapi penganalisa menjangkakan dalam 25,000 ke 35,000 orang. Jumlah yang aktif adalah dalam lingkungan 300 ke 500 orang boleh dilihat dalam setiap demonstrasi jalanan yang diadakan.

Pada 2011, serangan di Norway (2011 Norway massacre) yang membunuh 77 nyawa muda-mudi yang berusia awal 20an dilakukan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun didorong oleh kebenciannya terhadap Islam, (hairannya muda-mudi yang dibunuhnya semnuanya bukan beragama Islam) katanya beliau mahu membersihkan Eropah daripada pengaruh Islam dan Eropah hanya untuk Kristian.

National Geographic yang mebuat dokumentari tetang tragedi itu meninggalkan dua soalan menarik adakah beliau berseorangan atau bersama dengan 3DL?

Di akhir kata sila lihat beberapa emblem propaganda kumpulan tersebut dan marilah kita umat Islam bersatu.

1 comments so far


EmoticonEmoticon