04 Julai, 2012

Andre Villa-Boas bersemangat kendalikan Tottenham Hotspur

Andre Villas-Boas rasa bertuah dilantik ketua jurulatih Tottenham dan menjangkakan masa depan cerah untuk kelab itu.

Spekulasi tentang pengganti Harry Redknapp berkahir setelah Tottenham Hotspur mengumumkan Andre Villas-Boas sebagai jurulatih Spurs semalam.

Villas_boas telah menandatangani kontrak sehingga 2015 dengan Spurs dimana beliau berharap untuk memberi impak yang lebih dari sebelum ini dengan Chelsea.

"Tottenham Hotspur adalah kelab yang hebat yang mempunyai tradisi yang kuat dan sokongan padu penyokong di tempat sendiri dan seluruh dunia," kata Villas-Boas.




"Saya rasa bertuah dilantik sebagai jurulatih di sini. Bagi saya ini adalah jawatan jurulatih terbaik dalam Liga Perdana.

"Saya telah berbincang dengan pengerusi kelab dan ahlinya dan kami kongsi matlamat yang sama untuk kelab ini.

"Ini adalah skuad yang mana-mana jurulatih ingin kendali dan saya percaya kami akan mencapai banyak kejayaan."

Villas-Boas antara pilihan utama Spurs sebagai pengurus yang baru walaupun masanya dengan Chelsea sebelum ini berkahir dengan buruk.

Espnstar


EmoticonEmoticon