21 Julai, 2012

Ibu terkejut anak gadis bersama lelaki bog3l dalam bilik

Gambar hiasan
AMPANG - Luluh hari seorang ibu apabila menyaksikan adegan terlampau anak gadisnya berusia 17 tahun dengan pasangan kekasih di dalam rumah sendiri di Taman Melawati, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, wanita terbabit berusia 44 tahun yang terjaga daripada tidur kemudia ke dapur untuk minum sebelum berpatah semula ke biliknya.

Menurut sumber, ketika melintas di hadapan bilik anaknya, mangsa berhenti untuk melihat keadaan anaknya itu dan terus menilak pintu bilik sebelum terkejut apabila melihat terdapat seorang lelaki tidak dikenali berusia 20-an turut berada di dalam bilik itu.

"Mangsa lantas membuka lampu bilik dan sekali lagi terkejut apabila mendapati anak dan teman lelakinya tidak berpakaian menyebabkan dia tergamam sebelum terus menjerit memanggil suami yang sedang tidur.

"Suaminya kemudian berlari ke arah isterinya sebelum dia turut terkejut apabila melihar anaknya bersama dengan individu tidak dikenali," katanya.

Sumber berkata, malah pasangan suami terbabit yang terkejut dengan tindakan anak gadisl mereka hanya mampu menitis air mata sebelum memarahi anaknya yang telah memalukan mereka.

"Geram dengan tindakan lelaki terbabit yang menceroboh kediaman mereka tanpa kebenaran, dia kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

"Polis yang tiba beberapa minit kemudia membawa lelaki itu ke Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Kmoisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menenrima laporan berhubung kejadian itu.

Hmetro


EmoticonEmoticon