21 Julai, 2012

Jual tanah di Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim pembohong besar

PULAU PINANG - Dua pemimpin UMNO Pulau Pinang menyangkal dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Abdul Halim Hussain mengenai penjualan tanah seluas 4.04 hektar milik penduduk Kampung Terang di Balik Pulau kepada pemaju dengan harga RM13.5 juta pada Mei lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar menafikan tuduhan Abdul Halim itu dan menyifatkan ia pembohongan bagi mencari publisiti.

Menurut Omar, dakwaan Abdul Halim bahawa syarikatnya, Aseania Group Sdn. Bhd. (Aseania Group) membuat keuntungan dalam masa empat bulan dengan menjual tanah penduduk pada harga RM13.5 juta pada Mei lalu selepas dibeli dengan harga RM8.5 juta pada Januari lalu adalah tidak berasas.




Sebelum ini, Pembantu Khas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Mohd. Yusri Yaacob mendakwa, Maison Heights yang dikuasai oleh kedua-dua pemimpin parti tersebut pada 16 Mei lepas telah menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pula dengan harga RM13.5 juta (RM13,457,664.00).

"Dalam masa 5 bulan sahaja Maison Heights Sdn Bhd telah mendapat keuntungan hampir RM 5 juta..," dakwa beliau.


EmoticonEmoticon