11 Julai, 2012

Kontrak tamat, Wenger belum putus asa pujuk Van Persie untuk kekal

Menurut akhbar Sunday Mirror, Arsenal akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Robin van Persie.

Van Persie mengejutkan Arsenal minggu lalu apabila membuat pengumuman beliau tidak akan menyambung kontraknya.

Kontrak beliau di Arsenal akan tamat musim depan dan spekulasi semakin meningkat sama ada Arsene Wenger akan menjual beliau atau melepaskannya dengan percuma musim depan.

Walaupun kedua-dua Manchester City dan Juventus telah pun mengatakan mereka berminat untuk mendapatkan penyerang Belanda itu, sumber-sumber di London mengatakan Wenger masih belum putus harapan untuk memujuk Van Persie untuk kekal di Stadium Emirates.




Dipercayai Wenger telah minta untuk mengadakan sebuah mesyuarat dengan Van Persie, tanpa ejennya Kees Vos, untuk berbincang sama ada bekas pemain Feyernood itu masih mempunyai keiinginan untuk kekal sebagai seorang pemain Arsenal selepas kontraknya tamat.

Pengurus City Roberto Mancini telah pun berkata beliau minat untuk mendapatkan Van Persie, tetapi City tidak mahu membayar jumlah yang besar untuk mendapatkan seorang pemain berusia 29 tahun yang mempunyai rekod kecederaan yang buruk.

Walaubagaimanapun, laporan di media England mengatakan kelihatan beliau akan berpindah ke Juventus kerana Arsenal tidak mahu menjualnya ke pesaing liga mereka.

Espnstar.my


EmoticonEmoticon