16 Julai, 2012

'Lebih baik jika saya tinggalkan United'

Dimitar Berbatov percaya "lebih baik untuk semua pihak" jika beliau meninggalkan United musim panas ini.

Kerjaya United Berbatov kelihatan akan tamat tidak lama lagi selepas beliau tidak ada di dalam rancangan pasukan utama Sir Alex Ferguson musim lepas.

Pemain berusia 31 tahun itu membuat hanya 12 penampilan di liga musim lalu, dengan menjaringkan tujuh gol, satu tahun selepas beliau menjadi penjaring terbanyak di liga.

Ia adalah sebuah situasi yang Berbatov mengakui agak mengecewakan untuknya, beliau mendedahkan di laman Facebook rasminya.

Berbatov menambah beliau rasakan kini tidak ada harapan untuk kekal di United, tetapi mengakui mahu menghabiskan kontraknya yang akan tamat tahun depan.

"Saya cintakan kelab ini, tetapi tidak ada gunanya jika saya tidak bermain. Dan saya mahu bermain, saya mahu bantu," beliau menulis.

"Tetapi untuk sebab-sebab tertentu, ia tidak akan berlaku, atau saya akan mendapat hanya sedikit peluang untuk bermain, jadi lebih baik untuk semua pihak jika saya tinggalkan kelab ini.

"Jika tidak, saya professional dan saya akan lakukan yang terbaik untuk bantu pasukan dan rakan-rakan pasukan saya jika saya mendapat peluang."




Dilaporkan banyak kelab minat untuk mendapatkan Berbatov dan harus membayar United £10 juta untuk mendapatkan khidmatan beliau, walaupun beliau berkata Ferguson telah memberitahunya jumlah sebenar adalah setengah daripada itu.

"Kerana saya penat dengan spekulasi, saya akan memberitahun anda ini," beliau menulis.

"Saya telah baca di akhbar dan lihat mereka berkata nilai saya adalah £10 juta. Saya telah berbincang dengan Sir Alex dan beliau memberitahu saya £5 juta. Jadi siapa yang bercakap perkara yang benar??"

Berbatov telah menjaringkan 48 gol di liga untuk United, dengan membantu mereka menjuarai Liga Perdana dua kali, tetapi masa depannya di United menjadi tidak jelas selepas beliau tidak dipilih untuk skuad perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona dua musim yang lalu.

Espnstar.my


EmoticonEmoticon