11 Julai, 2012

Maradona dipecat daripada kelab Al Wasl

WAJAH jurulatih Al-Wasl dari Argentina, Diego Maradona yang muram pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Gulf Cooperation Council (GCC) menentang Al-Muharraq di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 17 Jun lalu. - Foto EPA
DUBAI: Lagenda bola sepak Argentinia, Diego Maradona dipecat sebagai jurulatih kelab Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Al Wasl selepas lebih setahun berkhidmat bersama kelab berkenaan.

Jurulatih berusia 51 tahun itu dilantik pada Mei 2011 sebaik digugurkan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Argentina, dikatakan gagal menyerlah dan tidak memenangi sebarang trofi pada musim lalu.




Keputusan memecat Maradona dibuat ahli lembaga pengarah kelab berkenaan dalam mesyuaratnya, semalam.

“Hasil mesyuarat lembaga pengarah Syarikat Bola Sepak Al Wasl hari ini (Selasa), dan menilai kemampuan kakitangan teknikal yang diketuai jurulatih Diego Maradona, kami memutuskan untuk memecatnya serta pegawai teknikalnya," kata kelab itu dalam satu kenyataan. - AFP


EmoticonEmoticon