12 Julai, 2012

Mereka Mampu Berbahasa Kebangsaan

Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Steven Ong yang muncul di TV9 kerana fasih berbahasa Malaysia dan paling utama kerana memilih untuk bertutur dalam Bahasa Kebangsaan.

Beliau datang ke Sri Pentas bagi mewarwarkan ditipu oleh seorang lelaki menyamar agen kereta. Sudah dua laporan dibuat terhadap lelaki tersebut namun tiada sebarang tangkapan dibuat lagi.

Saya berharap saudara Steven Ong bersabar dan semoga keadilan akan berpihak kepada anda.

Bahasa Jiwa Bangsa


EmoticonEmoticon