06 Julai, 2012

Isi halau penduduk di Balik Pulau terbongkar dengan penipuan dokumen!

Di dalam propaganda Lim Guan Eng DAP dan jentera media beliau selama ini memburuk-burukkan parti UMNO dan BN, Setiausaha Agung DAP itu terpaksa juga akur dengan perancangan murni kerajaan BN Malaysia.

Yang terbaru ialah hasrat murni kerajaan BN Malaysia untuk membantu projek Asian Women Leadership University (AWLU). Dan Lim Guan Eng DAP sendiri mengeluarkan kenyataan menyokong penuh hasrat kerajaan BN Malaysia.

Baguslah kerana Guan Eng DAP sedar dengan visi mantap UMNO/BN, lawan beliau yang kerap dituduh dan diburuk-burukkan.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng DAP juga berkata bahawa Smith College, partner AWLU, lebih terkenal jika dibandingkan dengan Universiti Sains Malaysia (USM), universiti awam di negeri Pulau Pinang.

Dan DS Khaled Noordin sendiri telah mengesahkan menerima permohonan organisasi antarabangsa untuk membina Insitusi Pengajian Tinggi Swasta di Kampung Genting, Balik Pulau.


Lihat dokumen dan surat dari SUK Penang di dR MiM





EmoticonEmoticon