20 Ogos, 2012

Keputusan EPL 19/08/12 - Chelsea dan Man City menang perlawanan sulung

Chelsea membuka tirai Liga Inggeris pada musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletic di tempat lawan.

Gol dijaringkan oleh pemain pertahanan, Ivanovic dan menerusi sepakan penalti oleh Frank Lampard setelah Hazard dijatuhkan dalam petak penalti.

Manchester City pula hampir diaibkan oleh pasukan yang baru naik ke Liga Perdana, Southampton setelah pasukan berkenaan berjaya mendahului pasukan Mancinni itu denga 2-1.

Walaubagaiamanapun jaringan Dzeko dan Nasri berjaya menyelamatkan maruah Manchester City dengan meberi kemenangan 3-2

Berikut keputusan dua perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2012/13 yang berlangsung hari ini.

Wigan 0 - 2 Chelsea

 Man City 3 - 2 Southampton


EmoticonEmoticon