12 Ogos, 2012

Olimpik 2012: (Bola Sepak) Mexico tewaskan Brazil untuk pingat emas

JUARA...Pemain Mexico, Oribe Peralta (dua, kanan) menjaringkan gol keduanya ketika aksi final bola sepak lelaki di Sukan Olimpik, London malam Sabtu. Mexico memperoleh pingat emas selepas menewaskan Brazil 2-1
BERIKUT adalah keputusan final kejohanan bola sepak lelaki di Sukan Olimpik, London malam Sabtu:

Brazil 1 - 2 Mexico

Mexico meraih pingat emas bagi acara final bola sepak lelaki selepas menewaskan Brazil 2-1.

Gol Mexico dijaringkan Oribe Peralta seawal minit pertama. Dia kemudiannya melengkapkan gol kedua pada minit ke-75.


Brazil memperoleh gol tunggal menerusi Hulk pada minit ke-90.

[Ads: Ramadhan adalah masa utk mengeratkan hubungan dan bermaaf-maafan #UEratkanLagi]


EmoticonEmoticon