08 Ogos, 2012

Olimpik 2012: (Keirin) Azizulhasni Awang layak ke akhir

Pelumba negara, Azizulhasni Awang berjaya mendapat tempat kedua dibelakang Chris Hoy, pelumba tuan rumah, bagi melayakkan dirinya untuk menempatkan diri bersama-sama enam pelumba akhir bagi acara kegemarannya, keirin.

Perlawanan separuh akhir ini tergendala sebentar di permulaan setelah pelumba dari Sepanyol terjatuh ketika acara baru sahaja bermula.

Diharapkan, Azizulhasni dapat mengekalkan rentak kayuhannya bagi menyumbang satu lagi pingat untuk negara.
Akan menyusul...





EmoticonEmoticon