08 Ogos, 2012

Olimpik 2012: (Keirin) Azizulhasni gagal sumbang pingat setelah berada ditempat terakhir...malang sekali

LONDON : Malang sekali buat Azizulhasni setelah menamatkan acara keirin ditempat terakhir pada acara akhir penentuan pingat.

Walaupun ini adalah acara kegemaran beliau, sayang sekali beliau tidak dapat menterjemahkannya dengan sempurna.

Berada dikedudukan yang agak selesa pada pusingan kedua terakhir, Azizul kelihatan hilang arah apabila tiba di pusingan terakhir hingga menyebabkan beliau dipintas oleh peserta-peserta lain.

Acara ini telah dimenangi oleh peserta tuan rumah Chris Hoy. Pingat perak dimiliki oleh pelumba dari Jerman, manakala tempat ketiga dikongsi oleh pelumba New Zealand dan Belanda.


Kedudukan akhir 12 pelumba acara akhir keirin

1 comments so far

satu peningkatan ketara iaitu pada kedudukan No 6 dalam dunia dalam acara sukan tanpa ada ketegori berat badan semestinya diberikan satu pengiktirafan.

KALAU DIAMATI, AZIZUL SEOLAH-OLAH PESERTA KATEGORI MIDDLE WEIGHT BERSAING DENGAN 5 LAGI PESERTA KATEGORI HEAVY WEIGHT, SUDAH TENTU SUKAR BAGINYA UNTUK DAPAT KEDUDUKAN LEBIH BAIK.

apapun selepas ini, di peringkat ASIA, nama AZIZUL pasti bersinar susulan pengalaman bersaing dalam kategori heavy weight. tunggu!


EmoticonEmoticon