01 Ogos, 2012

Olimpik 2012: [Perahu Layar] Khairulnizam gagal perbaiki kedudukan

PELAYAR negara, Khairulnizam Mohd Afendy gagal memperbaiki kedudukannya di perlumbaan kedua acara laser lelaki, apabila jatuh lima anak tangga daripada kedudukan ke-42 pada perlumbaan pertama.

Dalam acara yang berlangsung di perairan Weymouth dan Portland itu, Khairulnizam menduduki tempat ke-42 daripada 49 pelayar dengan 3.15 mata demerit pada perlumbaan pertama.

Pada perlumbaan kedua, pelayar negara itu turun di kedudukan ke-47 selepas mengumpul 4.20 mata demerit sekali gus menunjukkan masa yang dicatatkan pelayar negara itu ketinggalan daripada pendahulu perlumbaan.

Pelayar Australia, Tom Slingsby setakat ini mendahului acara tersebut dengan catatan masa 56 minit 25 saat dan acara tersebut akan diteruskan selama empat hari lagi dengan dua perlumbaan diadakan setiap hari.

Pada hari terakhir perlumbaan itu, 10 pelayar terbaik dengan mata demerit yang rendah akan bersaing dalam pusingan penyingkiran bagi menentukan tiga pemenang teratas.


EmoticonEmoticon