09 Ogos, 2012

Olimpik 2012: (Terjun 10m) Pandalela mara ke final

RATU terjun negara Pandelela Rinong menghidupkan harapan Malaysia untuk memburu pingat kedua Sukan Olimpik 2012 dengan mara ke final acara 10m platform individu wanita, sebentar tadi.

Penerjun dari Sarawak ini menduduki tangga kelima pada pusingan separuh akhir.

Pandelela, yang beraksi dalam Olimpik keduanya selepas Beijing 2008, mengumpul 352.50 mata untuk mara ke final sekali gus merealisasikan impian negara yang ingin meraih emas pertama buat negara.


EmoticonEmoticon